USAHAWAN CENDOL-SEDAPNYER :)

MD. HADI MD. ZAIN, dibantu anaknya Mohd Fariezal (kanan) memasukkan tepung beras yang dibancuh dengan air daun pandan ke dalam acuan cendol.


Hari ni,masih lagi gua meletakkan artikel pasal usahawan2 dari koleksi suratkhabar gua(semuanya pasal usahawan):) Kali ni memang best sebab cerita pasal usahawan yang menjadi kaya hasil jual cendol jer (inilah jutawan senyap yang ditakrifkan oleh chef li),jadi jangan sangka perniagaan kecil tak boleh jadi kaya,kalau tak cayer,bacalah sendiri pasal artikel "Mat Cendol"ni







VARIA


Sehari 30 gantang cendol
PERMINTAAN cendol Md. Abd Hadi meningkat sekali ganda pada bulan Ramadan.
--------------------------------------------------------------------------------
SUMBANGAN RM1,000 daripada seorang ayah untuk dijadikan modal permulaan kira-kira 17 tahun lepas berjaya mengubah kehidupan pengusaha cendol Md. Abd Hadi Md. Zain, 40, atau lebih dikenali Mat Cendol.






Pengalaman selama tiga tahun bekerja di kilang membuat cendol ibu saudaranya sebelum itu, telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengubah kehidupannya sekeluarga.
Pada awal pembabitan di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Kelantan dia hanya menggunakan motosikal untuk membawa cendol ke pasar tetapi sekarang dia mampu memiliki sebuah van dan sebuah rumah binaan konkrit yang dibina sembilan tahun lepas di atas tanah milik keluarga bernilai kira-kira RM80,000.




"Semuanya itu merupakan hadiah kepada sebuah pengorbanan ibu bapa yang tidak ternilai harganya," katanya dengan nada pilu ketika memulakan cerita.




Semuanya bermula apabila beliau menamatkan persekolahan setakat Tingkatan Tiga walaupun memperoleh keputusan A dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1984.
"Desakan rakan-rakan sebaya ketika itu untuk tidak melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu betul-betul mempengaruhi," katanya lagi.
Bermula dari situlah dia menempuhi kehidupan remajanya yang penuh dengan keseronokan dan tanpa hala tuju




"Masa tu, hendak suka semata-mata. Gi situ, gi sana, buah rambutan orang, hok kita. Ayah suruh mengaji sekolah supaya jadi orang, tapi kita tak endah," katanya mengimbas kenangan lama.




Berbekalkan tulang empat kerat yang masih rapuh dia bersama rakan-rakan melakukan pelbagai kerja kampung bagi meneruskan kehidupan remaja walaupun pendapatan tidak seberapa.


Ketika berusia 17 tahun dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan wanita pilihannya, Rokiah Mat Isa yang sebaya dengannya.


Selepas berkahwin dia dan isteri menetap di Kuala Krai, dengan melakukan kerja-kerja kampung bagi menampung kehidupan sekeluarga.
"Masa tu memang susah, kerja hanya seada-adanya saja, nak kerja lain sijil tidak ada, sekolah pun tok habis," katanya penuh dengan kekesalan.



Bagi menyara kehidupannya sekeluarga dia merantau ke Singapura untuk bekerja sebagai buruh binaan selama hampir setahun.
Walaupun pendapatan sebagai buruh binaan agak lumayan namun warna-warna kehidupan kampungnya seolah-olah telah sinonim dalam jiwanya.


Sekembalinya ke kampung ketika berumur 19 tahun, dia bekerja di kilang cendol milik ibu saudaranya di Kampung Padang Tok La, Pasir Mas. Di sinilah bermulanya penglibatan beliau secara langsung dalam industri membuat cendol.
Walaupun tidak memiliki segulung ijazah, dia bertekad untuk menempa nama setanding insan lain bagi menebus kesilapan masa lampaunya.


"Setiap pekerjaan yang dilakukan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil, itulah prinsip yang dipegang," kata ayah kepada empat orang anak itu.

"Tuhan telah memakbulkan permintaan saya, kita tidak sunyi daripada membuat kesilapan, cuma akal sahaja yang mampu memperbetulkannya agar ia tidak berulang."


Kini beliau mampu tersenyum daripada hasil titik peluh yang dicurahkan selama ini kerana cendolnya mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat setempat.
Setiap hari dia menghasilkan kira-kira 30 gantang cendol untuk dibekalkan kepada peraih-peraih pada harga RM7 untuk satu gantang, malah permintaannya akan meningkat sekali ganda pada bulan Ramadhan.



Kepahitan hidup yang dirasai terubat apabila melihat dua daripada empat anaknya berumur antara 8 hingga 22 tahun berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi


Petikan daripada :Akhbar Kosmo!

Ulasan

  1. Menarik koleksi cerita usahawan yang berjaya. Moga dijadikan dorongan untuk yang baru mula. Dari cerita-cerita tersebut, tiada jalan yang mudah untuk jadi berjaya. Semuanya kena ada usaha yang gigih.

    Dari:hishamhamdan.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC

Blog Tutorial:Aneka Gambar Untuk Header Bertukar-Tukar