Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

17 Oktober 2008

KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC

Hari ni,sewaktu tengah syok makan kfc (jangan jeles) ,saya(cewah,ayat formal lagi tu)terfikir untuk meletakkan cerita yang sangat hebat untuk dikongsikan mengenai sejarah bermulanya industri ayam goreng (Kentucky Fried Chicken)sehingga terkenal di seluruh dunia(termasuklah Malaysia) di blog ni (layan jelah, ok),


KOL.HARLAND SANDERS-PENGASAS KFC

BIODATA KOL.SANDERS

Kolonel Harland Sanders (pencipta KFC_)telah dilahirkan pada tahun 1890 dan merupakan anak pertama dari 5 beradik dalam keluarganya.Sanders telah kehilangan ayahnya yang bekerja sebagai pelombong arang batu semasa berumur 6 tahun dan ini menyebabkan ibunya yang keluar bekerja.Oleh itu,semasa ibunya keluar bekerja, Sanders yang baru berusia 6 tahun telah dipertanggungjawabkan memasak untuk adiknya ketika itu.

Oleh disebabkan Sanders berminat terhadap masakkan,ibunya telah mengajar Sanders beberapa resipi termasuklah resipi menyediakan ayam goreng.

Sebelum Sanders mencipta/menjual KFC-KENTUCKY FRIED CHICKEN,beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan.Antaranya ialah pembina landasan keretapi,peguam amatur di Arkansas,jurujual insurans di Kentucky,memulakan perniagaan menggunting rambut untuk adiknya,menjual tayar,menguruskan stesyen minyak dan pernah menjadi setiausaha Dewan Perniagaan.

Setelah menghabiskan kira-kira 65 tahun dari usianya tanpa mempunyai pekerjaan yang tetap dan menerima wang pencennya yang pertama,Sanders masih belum mencapai apa-apa kejayaan.

Sanders kemudiannya berpindah ke Kentucky untuk menguruskan sebuah stesyen minyak.Pada usia 40 tahun,beliau telah menunjukkan kehebatan masakkan resipi ayam goreng yang diajar oleh ibunya kepada pelancong.Masakkan ayam goreng beliau telah mendapat pujian dan terus menjadi popular di kalangan pelancong. Sanders kemudiannya telah menubuhkan sebuah restoran di seberang jalan,beliau telah menggunakan lambang ayam goreng dan lambang ini telah menjadi terkenal di kawasan itu,Pelancong sememangnya gemar akan ayam goreng masakkanya,ayam goreng itu telah dimasak dalam periuk tekanan dengan menggunakan resipi herba dan rempah yang telah diadun khas.

Pada 1952,Sanders terpaksa menutup restorannya apabila sebuah lebuhraya dibina bagi menggantikan jalan lama,ini telah menyebabkan Sanders kehilangan hampir seluruh perniagaannya.Sanders tidak mempunyai apa-apa lagi ketika itu kecuali adunan rahsia resipi ayam gorengnya yang mengandungi 11 herba dan rempah.

DETIK PERMULAAN

Sanders telah membuat keputusan untuk menjadikan resipi ayam gorengnya sebagai satu francais.Sanders telah berjumpa dengan kawannya;Pete Harman seorang pemilik restoran.Pete telah tertarik dengan resipi ayam goreng Sanders dan bersetuju mencuba resipi tersebut.Manakala Sanders bersama isterinya ketika itu telah ke Australia untuk menghadiri hal keagamaan.

Selepas pulang ke Amerika,Sanders telah pergi ke restoran Pete Harman dan melihat di hadapan restoran itu terdapat satu papan besar yang memaparkan perkataan “Kentucky Fried Chicken, Sesuatu yang Baru,Sesuatu yang Berbeza”.Menurut Pete,resipi ayam gorengnya begitu berjaya lalu bercadang meletakkan resipi ayam gorengnya di seluruh restoran miliknya

Melihat resipi ayam gorengnya begitu berjaya, Sanders bertindak segera,dia menumpukann sepenuh masanya terhadap francais ayam gorengnya.Melalui kenalan Sanders di Persatuan Restoran Kebangsaan,Sanders menyenaraikan satu senarai pengurus –pengurus francais yang berpotensi.Dengan hanya berbekalkan periuk tekanan,herba dan rempah,Sanders bersama isterinya telah menjelajah ke seluruh dunia untuk tujuan mempromosikan resipi ayam gorengnya.Sanders juga begitu teliti dalam memastikan pengurus-pengurus francais tersebut menjalankan perniagaan mengikut cara KFC.

Sanders telah mengambil kesempatan menukar imejnya apabila mendapat anugerah Kolonel Kentucky dengan menyimpan misai dan janggut,membawa tongkat rotan serta memakai sut putih apabila berada dengan khayalak ramai.Imej ini telah digunakan dan dikenali sehingga lebih 80 buah negara termasuklah Malaysia.

KECERMELANGAN DITERUSKAN

Pada tahun 1963.seorang peguam iaitu John Y.Brown dan seorang ahli perniagaan, Jack Massey telah memujuk Sanders menjual Kentucky Fried Chicken kepada mereka.Manakala Kolonel akan mendapat $2Juta dollar,gaji tahunan sebanyak $40,000,pendapatan komersil serta menjadi duta KFC seumur hidup .

Kentucky Fried Chicken (KFC) telah menjadi syarikat awam pada 1966 dan kemudiannya disenaraikan di Bursa New York pada tahun 1969.KFC Kemudianya telah dibeli oleh PepsiCo pada 1986 dengan harga $840 juta dollar.

Sanders tetap menjadi jurucakap KFC sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1980,ketika berusia 90 tahun akibat lukemia.



P:S-tapi waktu saya nak makan kfc, xdelah sampai jadi cam iklan KFC sempena raya hari tu :)

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)