JEFFREY BEZOS




Salam...



Hari ni seperti yang dijanjikan,kisah mengenai pemilik Amazon.com,(laman web menjual buku yang popular)Jeffrey Bezos,


















Jeffrey Preston Bezos (lahir di Albuquerqe,New Mexico,12 Januari 1964 ) merupakan pengasas Amazon.com,Jeff telah dilahirkan semasa umur ibunya baru berusia 18 tahun,ibunya kemudian bercerai dan berkahwin lain dan Jeff telah dibesarkan oleh bapa angkatnya dan tinggal di ladang datuknya












Jeff bukanlah seorang pelajar yang cemerlang,tetapi beliau mempunyai



pemikiran yang sangat ligat dan suka menyiasat.Pada usia 6 tahun,Jeff mempamerkan bakat terhadap benda2 mekanikal malah Ibubapanya turut kagum melihat kebolehannya memasang semula katil yang dibukanya dengan pantas pada usia kanak2.









Pada tahun 1994,Jeff telah meletakkan jawatannya yang bergaji lumayan di firma pelaburan di bandar New York.Selepas mengemaskan barang2,Jeff terus ke Seattle bersama isterinya.Apa yang difikirkan oleh Jeff ketika itu ialah suatu perniagaan menjual buku melalui internet meskipun orang lain menganggapnya tidak siuman.












Pada 16 Julai 1995,Jeff telah membuka satu laman web yang diberi nama ringkas,"gedung segalanya terbesar di dunia'.Dalam masa sebulan sahaja,Amazon telah berjaya menjual buku kepada 45 buah negara dengan pulangan sebanyak US$20,000.









Jeff sering menyebut bahawa bahawa dua orang yang menjadi idolanya ialah Thomas Alva Edison dan Walt Disney.Thomas bukanlah seorang usahawan tetapi beliau merupakan seorang pencipta yang luar biasa.Manakala Walt Disney mempunyai visi yang luar biasa utuk membina taman tema seperti Disneyland. "Kekuatan dan kelemahan kedua-kedua personaliti yang hebat ini telah menjadi asas kejayaan saya"kata Jeff semasa ditemubual.









Anggaran kekayaan Jeffrey Bezos ialah seperti berikut:
1999 – US$10.1 billion,
2000 – US$6.0 billion,
2001 – US$2.0 billion,
2002 – US$1.5 billion,
2003 – US$2.5 billion,
2004 – US$5.1 billion,
2005 – US$4.8 billion,
2006 – US$4.3 billion,

2007 – US$4.4 billion,

2008 – US$8.2 billion,











P:S-Blog besok,insya-Allah,saya akan kongsikan tips mengenai "Masa dalam perniagaan":)





























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC

Blog Tutorial:Aneka Gambar Untuk Header Bertukar-Tukar