Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

10 Mac 2009

JUTAWAN GHAIRAH

ARTIKEL: Jutawan Ghairah! (Passionate millionaire)
====================================================

Oleh: Irfan Khairi

Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat.
Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapa
kita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukan
karier yang kita amat-amat sangat minat?

Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendak
lakukan sesuatu yang kita tidak minat?

Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat
penting untuk kita lakukan apa yang kita minat
. Mulakan perniagaan
yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.

Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa
seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya
usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahan
dalam perniagaan masing masing.

Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya
di dunia pernah berkata bahawa: "Kalau saya tidak mendapat walaupun
satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komuputer!".
Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta
perisian komputer.

Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael
Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah
menceritakan bahawa "Ketika saya di sekolah menengah, saya membina
komputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer
adalah minat saya!". Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan
minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaire
seperti Bill Gates.

Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya
mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak
kecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagai
banggunan mewah serata dunia dalam portfolionya!

Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan
universiti untuk memulakan kerier dalam bidang yang mereka minat.
Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minat
sebagai kerier pilihan.

Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi
terpaksa. Apa pula nasihat saya?

Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan
"Jangan memilih kerja", nasihat saya pastinya berbunyi "Pilih kerja
dengan tepat!"
lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.

Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan
"dipaksa" melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan
terperangkap dalam keadaan tersebut untuk tahun-tahun yang akan
datang.

Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masa
untuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat.
Sekiranya terperangkap dalam kerier yang kita tidak minat,
bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang. Mungkin 3
tahun, mungkin 5 tahun... atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam
keadaan itu, akan terasa pula perasaan "rugi" kalau berhenti dan
melakukan sesuatu yang lain.

Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku
dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri
kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukan
sesuatu yang kita tidak minat!

Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu, sama ada kerier bekerja
makan kagi, atau karier sebagai usahawan menjadi keghairahan kita?

Berikut adalah checklist untuk anda:

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar
betapa cepatnya masa berlalu!

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa seronok
dan gembira melakukannya!

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan
merasa bosan melakukannya!

* Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita,
kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan
menjawab soalan-soalan yang ditanya!

* Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat
dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya
bermati-matian!

Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual
usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yang
panjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek.
Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti "Mengapa anda
memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?", jawapan yang
diberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapa
ghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.

Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam
kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yang
kita minat dan ghairah.
Ada juga yang melakukan apa yang mereka
tidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan.
Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok
kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewangan
berjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.

Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita
tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadi
usahawan yang ghairah. Jadilah jutawan ghairah!

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)