07 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

2 ulasan:
 
Salam buat semua,dalam sibuk membuat persiapan raya,saya berkesempatan mencuri sedikit ruang untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri buat para pembaca,pengunjung dan pengikut blog ini.Pertama sekali saya ingin memohon maaf andai kata ada tersalah kata atau tersalah tulis,ataupun blog ini mungkin ada menyingung hati sesiapa,terutama sekali buat zamzameer,yang mana blog saya lagi best dari dia,jadi mungkin dia tengah kecik ati sampai tak nak beraya.

 Ok,saya juga ingin meminta maaf kepada bebudak kecik yang sedang memasang niat untuk meminta duit raya dari saya dengan sepasang mata yang bercahaya.Maaf............tahun ni saya tak bagi duit raya,tapi saya akan join korang.Harap harap dengan kerjasama ini,kita akan berjaya mencecah kutipan sehingga seratus juta.

Tak sampai seratus juta,macam ni pun jadilah....


 Bagi sesiapa yang tak berhajat untuk mendapatkan duit raya tapi semata mata hanya berminat untuk makan kuih raya,jangan risau saya dah buat macam macam kuih raya tau......buat sendiri........tapi dalam mimpi jelah,haha bergurau je.......ni saya listkan kuih raya yang ada,special tau


Kuih talam dua muka
*lepas makan kuih ni,niat sebenar sama ada nak makan kuih atau duit akan jelas kelihatan

Kuih siput sedut tinggal lagi dua ketul je(kuih raya tahun lepas,tapi rasanya boleh makan lagi ni)

Lain lain kuih:
Kuih muih,kuih buih,kuih suih

 Ok tu jela kuih yang ada,saya takde idea nak buat kuih yang lain

Akhir sekali,jangan lupa datang rumah saya ya,kalau tak tahu alamat boleh google haha.Pintu rumah saya terbuka untuk semua,kalauu tertutup pun,korang boleh masuk ikut tingkap

SELAMAT HARI RAYA,MAAF DIPINTA,SEMOGA KITA SEMUA BERBAHAGIA.BERHATI HATI DI JALAN RAYA,SAYA SAYANG BLOG SAYA

Ok bye






2 ulasan:

TERIMA KASIH UNTUK KOMENKOMEN TERBARU

 
© 1986. Aideal Fitri - fitri1986 Malaysian Blogger