Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

31 Julai 2010

Tips Menguatkan Ingatan





Tips Menguatkan Ingatan(Berguna Untuk Pelajar Aliran Sains Dan Sastera,pelajar ekonomi pergi main jauh jauh XD)

Tidurla Secukupnya

Waktu musim piala dunia,kebanyakkan kita mungkin suka tidur lewat betul tak?Sebenarnya tak elok tidur lelewat sangat sebab nnti badan kita akan letih bila bangun,maklumla tak cukup tidup dan secara tak langsung ia akan menyebabkan kita tak berapa nak fokus pada tugas harian,nak buat blogwalking pun tak bermaya XD

Jangan Terlalu Tension,cuba Kawal Tekanan

Ok,jangan terlalu tensen,walaupun korang punya follower blog baru ada empat,dan aku pnya dah nak masuk lima ratus,kau dengar tak ni Mel haha.Tensen hanya buatkan hati korang bertambah sakit dan mengganggu ketenteraman jiwa,ini boleh buat korang hilang pertimbangan kerana tidak dapat berfikir dengan baik.Daripada korang tensen tensen,apa kata klik nuff untuk aku.Apa tak nak?Arghhhhhhhh!!!!

Berhati-hati Dengan Produk Menguatkan Ingatan
Jangan terlalu mudah percaya dengan produk yang kononnya boleh menguatkan ingatan,dapatkan nasihat atau rujukan doktor yang ada tauliah sebab kekadang ada produk yang dijual di kaunter atau farmasi tak berapa sesuai ngan kita.Untuk produk melupakan ingatan pula tak payah berhati-hati,eh ada orang jual ke...

Mari Bersenam
Senaman sangat bagus untuk kita sebab selain menguatkan otot,ia juga melancarkan peredaran darah ke otak dan boleh membuatkan daya ingatan meningkat,sebab tula setiap kali aku pergi main bola petang-petang,lepas balik,aku akan ingat siapa yang ada hutang ngan aku haha.Dan pastikan anda tak terlalu memaksa diri untuk bersenam,jngn sebab lepas korang dah baca artikel ni,korang tak sihat pun nak bersenam gak.Berjalan kaki juga satu senaman tapi blogwalking bukan tau.

Elakkan Kemurungan

Jangan terlalu murung kerana ia boleh menghilangkan keceriaan hidup anda dan apabila anda sering murung,daya ingatan akan semakin lemah.cuba berkongsi masalah anda dengan keluarga atau orang yang dipercayai kalau boleh.Sentiasa ingat pada mereka yang menyayangi anda,dont break their heart.

Awasi Pengambilan Ubat

Ubat seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya mungkin boleh melemahkan daya ingatan,ubat kuat aku tak tahu plak XD. Kalau korang ada lemah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Ambek ubat ikut arahan doktor,bukan ikut suka hati korang ye,sesilap kang jalan.

Cuba Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah belajar sesuatu yang baru,contohnya camna nak isi belon dalam air,camna nak makan kerepek pisang,haha,okla cukup aku merepek,belajarla benda yang best best asalkan tak menyusahkan orang dahla,yang penting korang enjoy

Cuba Cari Sejenis Permainan Sebagai Hobi

Aku jadikan chess sebagai hobi sebab aku suka tapi kekawan aku sumer tak suka :(.Chess ni sebenarnya boleh menguatkan ingatan korang.Selain dari chess,korang bolehla cari game lain seperti dam ke,sahibba,saidina ali atau dam ular.

Amalkan Banyak Membaca

Cubala jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian,kalau boleh cuba baca Blog Aideal Fitri wahaha XD. .Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan.Korang cuba  ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan,tapi tak perlula sampai nak ingat setiap muka surat haha XD.Membaca buku komik juga boleh,kerana ia boleh meningkatkan daya imaginasi korang tapi janganla terlalu taksub.Zam,doremon tu cuma watak kartun je Zam,dia tak wujud tak wujud!!

Sebut Berulang Ulang Kali

Kalau korang ada perkara penting untuk diingat,contohnya pukul berapa korang nak makan maggi,korang bolehla sebut berulang kali,tapi jnganla kuat kuat sampai menyembur-nyembur kat ornang sebelah,kang makan penampar plak.Dan tak perlula nak sebut hari hari,kang orang cakap giler pulak

Fokus
Cuba fokus dalam kehidupan korang,dan untuk membuktikan fokus korang,setiap kali nuff aku keluar,dengan segeranya korang klik tau,kalau tak klik maknanya korang tak fokus dalam hidup haha XD

Bermain Dengan Angka
Cuba ingat nombor telefon rakan anda sebanyak yang boleh bagi menambahkan ketajaman ingatan anda,dan pastikan anda tak terlupa nombor anda sendiri sebab dah bny sngt nmbr nak ingat hehe :)

Membaca Al-Quran

Bagi seorang muslim,amalan membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik,ha apa lagi cepat pergi kelas mengaji :)

OK AKU DAH LUPA

Aku dah lupa apa aku nak tulis kat sini,oh,jap aku cuba ingat balik.........ok aku dah ingat.....



Antara ,makanan yang baik untuk menguatkan ingatan


  • Manisan madu lebah asli.
  • Air zam zam
  • Kurma 
  • Susu segar
  • Kismis 
  • Halia.
  • Kekacang
  • Kuning telur.
  • Lobak.
  • Kokenat Shake(Yang Ni jngn percaya sebab yang ni Dak Zam(tauke kokenat shake) paksa aku tambah sebab dia nak promote kokenat shake dia,haha)
P/S:Kalau korang,ada apa nak tambah silakanla :)

TAMBAHAN DARI TEE YAH:
lagi satu tips: jgn selalu cakap kite ni pelupa or ingatan kita ni kurang, lame2 memang betollah jadik camtue.

4 ulasan

waa...x snonoh ar fitri ni..ckp aku lak pakse dia...tumbok kang b-(

Reply

lagi satu tips: jgn selalu cakap kite ni pelupa or ingatan kita ni kurang, lame2 memang betollah jadik camtue... :)

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)