Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

30 Julai 2010

Koleksi Jenaka Dari Arel Hakim


HAAAAA....salam kat korang semua...ni adalah 1st entri aq wat fitri secara rasmi dan seriusnyer...aq telah dijemput oleh fitri untuk mengulas beberapa bende...hihih...arini aq nak bawakkan lawak-lawak antarabangsa yang telah di create oleh beberapa member2 aq...


So, arap2 korang enjoy2 laaa ea, aq xley enjoy coz my cat is gone, ntah jahanam mne dah langgar lari kucing aq n then x mau bertanggungjawab...cian kucing aq...ok....


tAnpe buang time lagi, jeng jeng jeng...ini diaaaa...koleksi lawak2 kuuuu...........
1)satu hari anak murid saya datang sekolah sambil nangis. dia kata " kucing saya mati lepaih saya basuh dia cikgu" tanya saya " teruk sangat ka hang basuh kucing tu?" dia jawab " Takdak la cikgu cuma saya masukkan dia dalam mesin basuh saja" .
2)ada seorang bapa tengah menyemak kad laporan anaknya dia berkata " kenapa semua merah sangat!!!? anaknya menjawab agaknya dakwat pen biru cikgu dah habis".(sambil merotan)bapaknya berkata"kau loyar buruk....yeee..!!!!!1
3)pengalaman saya semasa mengajar di sebuah sekolah menengah. pergaduhan antara dua pelajar Murid A: Bapak kau tu mengandung 10 tahun tak beranak-ranak Murid: Sudahlah, bapak kau tu umur dah 40 tahun tapi rambut tak tumbuh-tumbuh
4)..anak pertama nama ros sebab waktu mengandungkan dia , tangan tertusuk durinya, anak kedua nama cempaka , sebab waktu mengandungkan dia kena hempap dik daunnya. anak ke tiga nama nya Mat dahan...teka lah sebab nya..sebab nya waktu mengandungkan dia .. saya kena hempap dik dahan..
5)mahfuz sedang menutup sebuah lubang di halamannya. fadil, jirannya kehairanan dan bertanya, "hang dok buat apa, mahfuz?". "Ikan masku mati," sahut mahfuz, sedih, " aku baru tanam". "Tapi kan, lubang itu terlalu besar untuk seekor ikan mas?" kata fadil mahfuz bangun dan berkata, "...ikanku ada di dalam perut kucingmu."

6)"Sedang ngapain kamu, Wan ?" "Sedang melukis kuda makan rumput." "Mana rumputnya ? Kok tidak kelihatan ?" "Sudah dimakan kuda." "Loh, kudanya mana ?" "Sudah pergi ! Untuk apa lagi dia di sini, kalau rumputnya sudah habis !"

7)Satu kemalangan berlaku. Polis : Awak nampak no. kereta tersebut? Saksi: Nampak tok, nam pat tuju nam. Polis: Saya tahu kereta tu terjunam tapi berape nombonye ??? Saksi: Nam pat tuju nam lah.....nombo kereta tu 6476. Polis: Ooooo.... Lawak dak....
8)Ada 3 sekawan sedang merantau.Mereka adalah Gaduh,Gila dan Otak.Sedang berjalan2,Gaduh hendak membuang air dan menyuruh rakan2 meneruskan perjalan.Setelah lama menuggu,Otak dan Gila mengambil keputusan untuk melapor kehilangan gaduh dibalai polis.Gila:"Cik,kami datang nak cari gaduh!"Polis:"Awak gila ke ?"Otak:"Memang kawan saya ni gila"Polis:"Awak tak ada otak ke?"Otak:"Sayalah otak"
9)Mengapakah pada kebiasaannya tayar belakang kenderaan lebih cepat botak daripada tayar dapan kenderaan ??? Nak tau..ke...? Ni...ha.., Tayar belakang cepat botak kerana ia asyik berfikir macamana hendak potong tayar hadapan...! Betul kan....!!!
10)Ali: Man, Man, kau tengok monyet kat zoo, bergayut ke bergayut-gayut ??? Man: Tentulah bergayut-gayut...Ali: Apalah kau ni, tengok monyet sampai bergayut-gayut.....ha..ha...ha...
11)Ada dua orang yg. bernama Gila dan Otak mencari rakan mereka yang hilang.Mereka pergi ke balai polis untuk membuat laporan.Gila masuk manakala Otak menuggu di luar. Polis:boleh saya bantu? Gila:saya nak cari Gaduh. Polis:awak ada otak tak? Gila:ada,kat luar. Polis:awak gila ke? Gila:saya memang gila.

12)Sedang Ali bersarapan nasi lemak telur.
Adik : Abang, ini ada berita hangat .
Ali : Apa dia ?
Adik : Telur tak boleh makan.
Ali : Kenapa ? Ada wabak ke ?
Adik : Memanglah telur tak boleh makan sebab telur tak ada mulut.

13)Sebuah kereta rosak di hadapan Taman Bahagia, Tg. Rambutan. Pemandu: Cik, boleh tolong, kereta YB rosak...Pengawal keselamatan taman bahagia: Eleh....mengaku YB, sini yang mengaku Presiden pun ada tau....
14)kenaper jalan raya semakin sesak jawapannya banyak binatang dah kelaur ke jalan spt rusa.kancil.kelisa
15)Guru:KENAPA MENANGIS.
Atan:DUIT SAYA HILANG..
Guru:BERAPA BANYAK YANG HILANG TU.
Atan: 20 SEN CIKGU..
Guru: SUDAH JANGAN MENANGIS, AMBIL 20 SEN NI.
Atan: MENANGIS SEMAKIN KUAT.
Guru: KAN DUIT YG HILANG TU CIUKGU DAH GANTI, KENAPA MENANGIS LAGI. Atan: KALAU DUIT SAYA TAK HILANG TADI, TENTU DAH JADI 40 SEN SEKARANG..
Guru: ?????
16)Apa kata kita berpantun kali ini? NAIK KEBUKIT LONGKING MELIHAT PADI DIMAKAN GAGAK MANA HATI TAK RONGSING ORANG BERSUAMI AWAK TIDAK.. batang selasih ubi kayu...terima kasih, thank you!
17)Hidup segan mati di tanam Lembu punya susu cap teko dapat nama hendak seribu daya, tak hendak tak apa Membujur lalu melintang pukang Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

18)Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah. Biar lambat asalkan tak cepat. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.....
19)Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan Tiada rotan, pelempang berguna juga Biar lambat asalkan tak cepat Biar putih tulang, jangan kuning gigi Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar Alang-alang mandi biar guna sabun Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
20)PAdik: Kak, kak, kenape orang menembak, tutup sebelah mate? Kakak: Kalau die tutup dua-dua belah matenye, macamane die nak tembak....Adik: Betul jugak ye....
21)Adik: Kak, kak, ular kat zoo tu, kak tengok menjalar ke berdiri ??? Kakak: Tentulah berdiri... Adik: Ape??? kak tengok ular berdiri, ade ke ular berdiri, setahu adik ular menjalar...Kakak: (dalam hati, geram) sengaja nak kenakan aku lah tu.....
22)Seorang badwi naik kapalterbang nak gi singapore.dia duduk di First class sedangkan tiketnya ekonomy class.jenuhlah pramugari suruh dia beralih. tetiba datang pilot bisik sesuatu terus berlari dia ke kelas ekonomi. Nak tau pilot tu kata apa? yang depan nie pergi perancis.yang belakang tu ke singapore.
23)cam nie..amoi tambah amoi sama dengan dua amoi.dua amoi tamah satu amoi sama dengan tiga amoi.betul tak? kalau tiga amoi tolak satu apek?apa jawapannya.haiya..manyak senang wa...apek terjatuhlah.kalau tidak pecaya ah,pegi tanya itu apek,ok!
24)Para jemaah bersedia menunaikan solat Subuh. kehadiran Imam dinantikan tidak tiba.Jemaah masing2 menyuruh sesama sendiri menjadi imam.selesai solat, seorang jemaah memuji imam yang mengimamkan solat Subuh "boleh tahan bacaan kau tadi" jawab imam tadi "itupun belum ambil air sembahyang lagi.kalau sudah ambil air sembahyang mungkin bacaan lebih sedap".

25)ibu :amin,jangan hisap jari nanti perut buncit. amin:Ibu,kenapa perut ibu buncit?ibu hisap jari ye?

26)sepasang suami isteri sedang bergaduh dalam satu perjalanan untuk pulang di kampung. di pertengahan jalan, si isteri terlihat sekumpulan kerbau sedang berkubang lalu berkata, "haa, ada jugak saudara awak kat sini yer" si suami mengerling kawanan kerbau berkenaan dan selamba menjawab, "ha'ah, ipar-ipar saya"

3 ulasan

kelakau x?x silap aq la, aq x jadi pos entri ni...b.band aq wat hal laaa..camne ko ley dapat erk...

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)