Followers

30 November 2009

November 30, 2009 - , No comments

TIPS IM-NEWBIE

Newbie… Hmm… Apa itu newbie?
Kalau sesiapa yang memulakan perniagaan internet dan meletak diri mereka sebagai newbie, mindset mereka newbie, segala-galanya newbie, mereka amat sukar untuk melangkah ke hadapan.

Meletak diri sebagai newbie akan menyebabkan:

1. Mudah merendah-rendahkan diri.
2. Rasa seperti tidak cukup ilmu di dada walau telah banyak tahu.
3. Sukar untuk upgrade diri kerana telah lama digelar newbie.
4. Tidak berani ‘mengkritik’ ‘otai’ dengan kritikan yang membina.
5. Mengalami information overload disebabkan diri mahu menjadi lebih pakar, expert & otai.
6. Sentiasa fokus untuk menjadi otai dan bukannya fokus untuk membina bisnes yang berjaya.
7. Pihak lain mudah mempengaruhi anda dengan alasan anda adalah seorang newbie! “Belilah produk saya sebab anda teramat newbie…”.
8. Mudah diperkotak-katikkan. “Kau newbie, aku otai. Kau diam.” Apa lagi newbie dapat cakap?
9. Kurang keyakinan untuk menampilkan diri, belajar dan sebagainya kerana mereka adalah golongan newbie yang tiada apa-apa.
10. Hidup berkelompok-kelompok. Otai dengan otai, newbie dengan newbie. Kalau mahu join ‘kelab otai’, kena jadi otai dahulu baru dapat minum & makan semeja.
11. Newbie mudah dan sering dipersalahkan walaupun sesuatu kesilapan itu disebabkan oleh orang lain. “Awak belum berjaya sebab awak masih newbie.”, “Dia tu newbie, jadi mudahlah dia buat silap”.
12. Tiada keyakinan diri atau segan untuk berkomunikasi dengan orang lain termasuk individu yang dikatakan sebagai ‘otai’.
13. Newbie akan tetap dikenal sebagai newbie sampai bila-bila.
14. Disebabkan oleh istilah newbie inilah ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan apabila si ‘newbie’ itu sedang kesempitan.
15. Newbie adalah satu istilah yang teramat “jelek”.

Dari itu, jangan gelarkan diri anda sebagai newbie dan bertegaslah dengan mereka yang asyik memanggil anda newbie kerana anda tidak mengatakan pun anda adalah newbie.
Jadi, salah satu “penawar” untuk mengelakkan information overload (kecelaruan berilmu) atau mudah diumpan oleh pihak yang suka mengambil kesempatan adalah, jangan jadi newbie! Selagi anda jadi newbie, selagi itulah mereka akan mengambil peluang dan kesempatan.

Di dalam bidang ilmu, hanya terdapat dua istilah:
1. Mentor (pensyarah, cikgu, trainer, coach, dll..)
2. Pelajar

Saranan saya:
1. Jadi diri kita sendiri. Tidak perlu letak apa-apa gelaran.
2. Bina diri sendiri.
3. Belajar dengan mentor yang tidak ambil kesempatan untuk menjaja nama anda yang kononnya anda berjaya disebabkan mereka. Lain jika anda mengizinkan nama anda digunakan sebagai case study atau testimoni.
4. Elakkan belajar dengan mereka yang sering memuji-muji diri sendiri.
Akhir kata, semua orang adalah hebat. Cungkil dan keluarkan kehebatan itu dengan bimbingan mentor yang ikhlas.

Newbie hanyalah sebentuk ‘propaganda’ agar segolongan orang yang digelar newbie itu dapat dipengaruhi dan dikuasai dengan mudah. Yang ‘otai’ dapat bermaharajalela tanpa boleh disentuh-sentuh, dicuit-cuit atau ditegur-tegur.

Ya, sebelum saya ‘disembur’ oleh segolongan otai, biar saya nafikan di sini. Tidak semua otai begitu. Tetapi… Anda dapat melihat dan menilai sendiri perkara sebegini di arena Internet Marketing tempatan dan luar negara.

Kita adalah sama, cuma pencapaian kita sahaja yang berbeza. Hanya itu sahaja..
Semoga tahun 2010 nanti memberikan sinar baru untuk kita semua.

***************

Anda boleh sebarkan artikel ini di blog atau apa jua cara dengan syarat tidak mengubah atau mengedit kandungan artikel ini dan menyertakan / meletak pautan (link url) berikut di akhir artikel:
Sumber artikel: http://blog.smartusaha.com/saya-bukan-newbie/

29 November 2009

November 29, 2009 - , No comments

Kegagalan Kami & Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi MIJI, apa khabar dan bagaimana cuaca di sana? Semoga anda
berada dalam keadaan yang sihat dan ketika kami menulis email ini,
cuaca di sini hujan lebat.

Kami ingin beritahu anda bahawa kami pernah gagal. Bukan sekali
tetapi banyak kali!

Mungkin kami sentiasa berhadapan dengan kegagalan kerana kami
sentiasa bertindak untuk mencapai kejayaan. Kami rasa kegagalan
yang kami hadapi juga lebih banyak dari anda!

MIJI, kegagalan adalah sebahagian daripada perniagaan walaupun
perniagaan yang kita semua jalankan adalah perniagaan Internet dan
itulah yang kami sering hadapi ketika mula menjalankan perniagaan
Internet sejak 2006.

Ada kegagalan yang kecil dan ada kegagalan yang besar.

Percayakah anda bahawa kami pernah kehabisan wang dan terpaksa
makan nasi berlaukan ikan sardin sahaja akibat satu projek yang
tergendala?

Perkara ini sering berlaku di dalam perniagaan di mana tidak semua
projek yang kita rancang akan berjaya. Namun setiap kali kami
menghadapi kegagalan, kami akan lebih kuat, semakin positif,
semakin berilmu, semakin berpengalaman dan banyak lagi benda yang
positif.

Akhirnya, semua ini akan memberikan kami keuntungan jangka masa
panjang.

Kami tidak pernah menganggap kegagalan adalah noktah akhir di dalam
perniagaan kerana kami percaya bahawa kegagalan adalah satu peluang
untuk bermula semula dengan lebih bijak.

Kalau tak, kami tidak mampu untuk menyiapkan NiagaKit v2 kerana
kami sering dikritik dan ditekan oleh pelanggan lama.

Pernah anda dengar kisah Thomas Edison mencipta mentol lampu?
Berapa kalikah dia gagal di dalam percubaanya sebelum berjaya?

Adakah 10 kali? Atau 50 kali? Oh, mungkin 200 kali?

Tidak. Beliau gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya! Beliau tidak
pernah berputus asa dengan kegagalan yang dihadapi.

MIJI, kegagalan akan membawa kita kepada kejayaan.

Kami percaya anda pernah merasai pahit dalam mencuba buat duit di
Internet dan berhasrat untuk berhenti daripada menjalankan
perniagaan Internet.

Mungkin anda pernah belanjakan ratusan ringgit untuk membeli ebook
tetapi tidak member kesan. Mungkin anda pernah belanjakan ribuan
ringgit untuk menghadiri seminar tetapi tiada apa perubahan.

Namun semua itu bukanlah satu kegagalan mutlak kerana dari sudut
lain anda belajar sesuatu. Daripada pahit yang anda rasai itulah
anda akan lebih bijak pada masa akan datang.

Konklusinya, anda janganlah takut dengan kegagalan. Tolonglah
gagal... kemudian perbaiki kenapa anda gagal... akhirnya anda akan
berjaya!

Berfikirlah secara positif!

Zhafran & Labanon,
Team FlareBiz.

p.s: Anda boleh forward email ini kepada kawan-kawan anda ataupun
jadikan blog post.

28 November 2009

November 28, 2009 - , No comments

RM3 Juta Sehari Dengan Jualan Melalui Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi MIJI, apa khabar? Kami di sini sentiasa mendoakan agar anda
berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Di dalam perniagaan, terdapat lebih daripada satu cara pemasaran
yang berjaya. Setiap individu yang memiliki perniagaan sendiri
perlu mahirkan diri paling kurang dengan satu teknik pemasaran yang
berkesan.

Namun MIJI, pada abad ke-21 ini timbul satu lagi medium
pemasaran yang berkesan iaitu melalui Internet.

Michael Dell yang merupakan pengasas bagi syarikat Dell Computers
telah mengenalpasti medium pemasaran ini sejak sekian lamanya. Dell
nampaknya sangat bijak dan membuat pilihan yang tepat apabila
begitu yakin dengan kuasa Internet.

Beliau menambah saluran jualan dengan menjual komputer jenama Dell
melalui Internet dan membuatkan ia unik berbanding pesaing-pesaing
lain. Fakta terkini menunjukkan bahawa nilai jualan Dell Computers
mencecah RM3 juta sehari!

Bagaimana pula dengan anda? Jika anda ataupun kenalan rapat anda
mempunyai produk sendiri maka sudah tibanya untuk anda menambah
saluran jualan sepertimana yang dilakukan oleh Michael Dell.

Insyallah, dengan kos yang minima anda sudah mampu menambah saluran
jualan melalui Internet untuk produk anda. Selain itu, anda juga
akan menjadi unik berbanding pesaing anda sepertimana Dell
Computers.

Keunikan akan membuatkan anda sentiasa berada di depan walaupun
anda hanya menjual stem, belacan, biskut dan sebagainya di Internet.

Semoga kita berjumpa lagi dalam kisah-kisah menarik akan datang!

Sekian,
Zhafran & Labanon,
Team FlareBiz.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA :)

14 November 2009

13 November 2009

November 13, 2009 - , No comments

Azizi Ali dan sekeping kad


Azizi Ali dan sekeping kad

--------------------------------------------------------------------------------

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saja nak berkongsi artikel di blog saya, dan saya pastekan disini. Moga ianya memberikan manfaat

Azizi Ali dan sekeping kad

Saya yakin ramai yang kenal dengan nama Azizi Ali. Satu perkara yang menarik mengenai beliau yang baru saya tahu hari ini, didalam buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah, penulis bertanya kepada Azizi Ali, bagaimana beliau boleh menjadi jutawan sedangkan ramai orang melayu merasa mustahil untuk menjadi jutawan?

Jawapan beliau :

Kerana saya MAHU dan saya TAHU apa yang saya MAHU

Dan lebih menarik, Azizi Ali laminate apa yang beliau mahukan didalam sekeping kad. Beliau berkata “Ini adalah misi hidup yang saya buat beberapa tahun yang lepas. Ianya jelas dan tepat, apa yang saya mahukan untuk tahun-tahun akan datang”

Dan pesanan beliau lagi:

Ramai orang inginkan banyak perkara, sehingga mereka sendiri tidak pasti apa SEBENARNYA yang mereka mahukan. Mereka hanya berkhayal dan mengelamun kosong, tanpa menentukan secara tepat apa yang mereka mahukan. Jika kita hendak berjaya, pertama sekali, kita kena TAHU apa yang kita MAHU

Kesimpulan

Lihat sahaja, seorang yang sudah bergelar jutawan pun masih menulis apa yang beliau mahu didalam sekeping kad, inikan kita yang langsung tak mempunyai apa-apa.

Juga saya ingin berkongsi semasa saya menghadiri bengkel Berhenti Makan Gaji baru-baru ini, pada sesi terkahir bengkel, Tuan Shamsuddin Kadir menyuruh kami menulis apa yang kami mahu buat diatas sekeping kad.

Jadi, kepada sesiapa yang masih tidak melakukan perkara ini, lakukanlah, anda pasti akan mendapat hasilnya dengan syarat usaha.

Terima kasih,

Mazlie Nadzri
Sumber:wangcyber.com

11 November 2009

November 11, 2009 - , No comments

Cara Oh menjana wang


APAKAH persamaan antara segulung ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan perusahaan mengumpul akhbar-akhbar lama? Kedua-duanya boleh menjana wang untuk menyara kehidupan.

Seseorang individu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana mungkin kerana mahu menggandakan pendapatan sedia ada dengan bekerja di sektor awam atau swasta. Sementara itu, pengumpul bahan-bahan buangan lama juga berusaha saban hari untuk mengaut keuntungan daripada penjualan yang dilakukan.

Menyedari persamaan itu, Frankki Oh, seorang bekas graduan Universiti Birmingham, United Kingdom (UK) memilih untuk menjadi pengumpul dan penjual bahan-bahan lama. Lelaki berbangsa Cina yang kelulusan MBA itu juga sanggup melepaskan jawatannya sebagai pengurus pemasaran di salah sebuah firma di ibu kota lapan tahun lalu.

Alasannya, profesion mengumpul bahan buangan membawa pulangan yang lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji sebelum itu. Lelaki berusia 47 tahun itu dapat menghidu potensi industri berasaskan pengumpulan bahan buangan seperti kertas, besi dan lain-lain lagi.



LONGGOKAN barangan buangan yang boleh dikitar semula diletakkan di halaman rumahnya di Seri Kembangan, Selangor.

--------------------------------------------------------------------------------


Walaupun item-item yang dikumpul itu adalah barangan lama, namun bak kata pepatah Inggeris, 'buah anggur yang lebih lama...lebih enak rasanya'. Justeru, Oh percaya longgokan akhbar lama dan peralatan besi buruk mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.

Sebelum menceburi perniagaan itu, Oh pernah mengharungi banyak pahit getir kehidupan. Dengan latar belakang keluarga yang serba miskin bersama tujuh orang adik-beradik, bapa Oh hanya bekerja sebagai seorang pemandu teksi. Namun, kesusahan itulah yang banyak mengajar lelaki itu erti kehidupan.

Dia yang ditemui Kosmo! di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini tampil sederhana dengan gandingan sehelai kemeja-T dan seluar lama.

Rumah teres binaan kombinasi batu dan kayu miliknya itu juga serba sederhana tanpa sebarang perabot mewah, sebaliknya dilengkapi dengan perkakasan rumah lama.

Sebuah van berjenama Ford warna putih yang diletakkan di hadapan rumah itu adalah satu-satunya sumber pengangkutan lelaki itu.

Persekitaran rumah yang dipenuhi besi-besi lama itu jelas menunjukkan kehidupan Oh yang serba sederhana.

Kerja sambilan

Menurut lelaki yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur itu, walau segigih mana pun seseorang itu berkhidmat di mana-mana syarikat, akhirnya pada hujung bulan, mereka hanya menerima pulangan yang ditetapkan. Cuma, mereka mungkin dapat menikmati sedikit tambahan wang kerana bekerja lebih masa.

"Setelah melihat lumrah dunia pekerjaan yang gagal memberi peluang untuk memperoleh keuntungan 100 peratus dan permainan politik dalaman pihak pengurusan yang banyak mempengaruhi hidup saya, maka saya memutuskan untuk memulakan perniagaan sendiri.

"Dalam kesibukan bekerja di bahagian pemasaran, saya masih melakukan kerja sambilan seperti mengedar makanan yang diproses ke pasar-pasar di kawasan berhampiran. Antaranya mi, rempah ratus, jem buah-buahan, minuman tin, daging yang diproses, jeruk dan sebagainya," jelas Oh. Bagaimanapun, lokasi edaran yang lemah dan dominasi peniaga lain menyebabkan kerja-kerja tersebut tidak dapat diteruskan.



GRADUAN ijazah MBA dari Universiti Birmingham, United Kingdom ini sanggup meninggalkan dunia kerja glamor untuk bekerja sendiri.

--------------------------------------------------------------------------------


Dengan semangat yang masih membara, Oh mencari peluang perniagaan lain sementara beliau masih bekerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat swasta.

Pada April 2001, secara kebetulan Oh berjumpa beberapa orang rakan lama.

Pertemuan mereka lebih banyak menjurus kepada alam persekitaran, promosi kerajaan mengenai bahan kitar semula dan para pengumpul bahan buangan lama.



BARANGAN terbuang yang dikumpul perlu diasing untuk mendapatkan pulangan yang lebih lumayan.

--------------------------------------------------------------------------------


Tiga daripada rakan-rakan Oh memang sudah lama menceburi bidang perniagaan mengumpul bahan-bahan buangan lama dan kitar semula.

Pada peringkat awal, Oh berasa ragu untuk berkongsi pengalaman masing-masing mengenai perniagaan itu. Lama-kelamaan, topik perbualan semakin hangat dan seorang demi seorang mula membongkar rahsia cara-cara mengumpul, tempat jualan dan menceritakan keuntungan yang diperoleh daripada bahan-bahan tersebut.

Hasil perkongsian idea itu memberi inspirasi kepada Oh dan beliau mendapat idea baru untuk memulakan perniagaan sendiri.



BARANGAN terbuang bersaiz besar seperti ini juga dikumpul oleh Frankki Oh.

--------------------------------------------------------------------------------


Nekad

Anak keempat daripada tujuh orang adik beradik itu berkata, rakan-rakannya turut berkongsi keghairahan terhadap perniagaan itu.

Mereka banyak membantu mengajar Oh mengenai perkara-perkara asas untuk memulakan perniagaan. Misalnya, cara mengumpul bahan-bahan buangan, perolehan pendapatan dan proses menukar bahan tersebut untuk mendapatkan pulangan tunai.

"Dengan modal kira-kira RM4,000, saya memulakan proses mengumpul bahan-bahan lama seperti bateri, pintu besi, buku-buku terpakai, mesin basuh, ampaian kain, basikal, kipas dan sebagainya. Kerja-kerja rondaan untuk mendapatkan bahan dimulakan seawal pukul 9 pagi hingga 2 petang. Setelah itu, rondaan kali kedua diteruskan sekitar pukul 5 petang hingga 7 malam. Selain mengumpul dari sekitar kawasan Seri Kembangan dan Kuala Lumpur, saya berjalan sehingga ke Seremban dan Kajang untuk mengumpul bahan-bahan tersebut.

"Pada hari pertama perniagaan, saya berjaya memperoleh kira-kira RM150 melalui penjualan bahan tersebut. Di situlah, saya menyedari kelebihan perniagaan ini dan bertekad untuk meneruskannya. Oleh kerana, perniagaan ini melibatkan urusan jualan tunai, maka para pengumpul jarang menanggung kerugian dan apa yang dikumpul dapat dijual pada hari itu juga," katanya yang kini dapat menjana pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 setiap bulan.

Menurut Oh, pada peringkat awal, keluarga terutama bapanya kecil hati dan bimbang dengan keputusannya untuk menjalankan perniagaan seperti itu. Namun, seiring dengan peredaran masa dan kesungguhannya dalam mencari wang, ia berjaya mengubah persepsi bapanya.

Bahkan bapanya pernah berkata: "Jadilah hero dalam apa juga perkara yang dilakukan." Kata-kata semangat dan kepercayaan bapanya itulah yang mendorong Oh untuk mengembangkan perniagaan tersebut.



OH seorang yang sederhana menggunakan perabot terpakai di rumahnya.

--------------------------------------------------------------------------------


Walaupun Oh belum memiliki sebuah kilang ataupun firma besar seperti pengumpul yang lain, fokus utamanya adalah bekerja tanpa kongkongan. Katanya, dia kini bebas melakukan apa juga tanpa sekatan daripada mana-mana pihak majikan.

Lelaki berzodiak Leo itu memberitahu, pekerjaan mengumpul bahan lama juga secara tidak langsung menanam sikap memelihara alam sekitar.

Sebagai tanda menyokong seruan kerajaan, biasanya dia menggunakan kertas-kertas lama yang dikumpul untuk pelbagai urusan harian.

Apakah pandangan Oh tentang dunia dalam tempoh lima dekad akan datang?

"Soalan ini sukar dijawab, tetapi saya percaya dunia ini tidak akan berubah banyak. Ia masih sama seperti sekarang. Mungkin gaya hidup masyarakat lebih maju akibat perkembangan sains dan teknologi," jawabnya jujur.

09 November 2009

08 November 2009

November 08, 2009 - , No comments

Teknik mengAktifkan Minda separa Sedar


Minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja yang di kawal oleh minda sedar, dan yang selebihnya di lakukan oleh minda separa sedar. 90% daripada keputusan, tindakbalas, fikiran, dan juga perasaan anda di kawal pada tahap bawah sedar oleh minda separa sedar. Minda separa sedar juga mengawal denyupan jantung, sistem percernaan, sistem pernafasan tanpa anda sedari!

Teknik mengaktifkan Minda separa Sedar..

1) Saranan

Saranan positif yang di berikan pada minda bawah sedar mungkin diterima ataupun di tolak. Hipnosis adalah satu cara di mana saranan di beri untuk membolehkan perubahan. Apabila kita berada dalam keadaan rilek, minda sedar pun dah tak berapa sedar dan pintu gerbang ke minda separa sedar terbuka (luas atau tak luas bergantung pada keadaan rileks seseorang itu).

Di waktu inilah saranan positif di berikan pada minda separa sedar dan jangan lupa tubuh dan minda haruslah berada dalam keadaan rileks dan tenang. Contoh - saya semakin kaya dan berjaya (bercakap dalam hati pada diri sendiri - angan-angan berarah). Tambahkan emosi dan kemahuan yang kuat dengan membayangkan anda sedang memandu kereta mewah atau tinggal di rumah mewah (gunakan imaginasi anda) supaya saranan lebih efektif.

Akan tetapi anda harus ingat, apa yang anda inginkan tidak akan berlaku sekelip mata. Cepat atau lambat bergantung pada anda.

* Pastikan tubuh dan minda dalam keadan rileks - gerbang minda separa sedar terbuka - Berikan saranan positif dan di tambahkan dengan emosi supaya lebih efektif.


2) Pengulangan (repetition)

Sebagai contoh, berikan saranan pada minda separa sedar supaya menerima idea yang anda adalah orang kaya dan berjaya. Teknik repetition boleh menyematkan idea ini ke minda separa sedar dengan lebih cepat dan mudah. Minda separa sedar lebih mudah menerima saranan dari repetition.

Satu contoh mudah cuba sebut 236 0344 sekali, 10 minit lagi cuba ingat balik tanpa melihat nombor tersebut… agak-agak bole ingat tak? Tapi kalau sebut 236 0344 lima puluh kali, 10 minit lagi kalau sebut mesti boleh ingat…

Jika selalu mengamalkan teknik repetition, saranan tersebut akan membentuk cara berfikir, tingkahlaku dan juga kepercayaan anda. Struktur minda akan berubah untuk menerima idea baru yang anda ini adalah seorang kaya dan berjaya. Apabila idea ini berjaya diterima tanpa ragu-ragu, maka secara automatik peluang-peluang (rezeki) akan datang dengan sendirinya.

* Dalam keadaan releks, berikan saranan kepada minda bawah sedar berulang-ulangkali - gunakan teknik repetition ini pada waktu pagi atau malam (sebelum tidur) tambahkan dengan emosi yg kuat lebih kurang 10 minit untuk jangka masa sebulan atau lebih (bergantung pada anda)




Kedua-dua tips minda separa sedar ini juga boleh membantu mengurangkan masalah mental dan juga emosi yang anda simpan selama ini yang kemungkinan besar adalah halangan yang membantutkan potensi anda. Kekuatan saranan positif ke minda separa sedar di gabungkan dengan teknik repetition adalah kunci untuk membuka minda anda untuk mencapai segala apa yang anda inginkan.

Kredit: Shafril.com - Pengembaraan merentasi minda
Sumber:WangCyber.com

07 November 2009

November 07, 2009 - , No comments

Suatu Sketsa-Man Baldi Dan Parno Ajaib

Ada satu sketsa menarik yang nak saya kongsikan dengan anda semua. Ceritanya bermula begini:

Pada zaman dahulu, ada dua orang kawan yang bercita-cita tinggi bernama Parno dan Karman tinggal berhampiran di dalam sebuah kampung yang kecil. Mereka berdua berkawan baik dan bercita-cita tinggi.

Mereka sering berbual tanpa henti tentang bagaimana suatu hari nanti mereka akan menjadi manusia terkaya di kampung itu. Kedua-duanya bijak dan rajin. Mereka hanya menunggu peluang yang baik.

Pada suatu hari peluang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kampung itu bercadang untuk mengupah dua orang lelaki untuk mengangkut air dari sungai yang berhampiran ke tangki air di tengah-tengah kampung tersebut. Kerja tersebut diserahkan kepada Parno dan Karman.

Mereka terus mencapai baldi lalu menuju ke sungai. Tatkala petang, mereka telah berjaya memenuhi tangki air kampung itu. Ketua kampung membayar 10 sen untuk setiap baldi.

"Impian kita telah menjadi kenyataan," jerit Karman kegirangan.
"Saya tidak percaya nasib kita akan terus baik," kata Parno tidak begitu pasti.

Sebabnya, belakang beliau sakit dan tangannya melecur akibat mengangkut baldi yang berat. Dia takut untuk bangun dan pergi bekerja keesokan harinya. Dia berazam untuk memikirkan cara yang lebih baik untuk mendapatkan air dari sungai ke kampung itu.

"Man, aku ada satu cadangan," Parno berkata pada keesokan paginya ketika mereka berdua mencapai baldi dan menuju ke sungai. "Daripada kita mengangkut baldi ke hulu ke hilir hanya untuk beberapa sen sehari, apa kata kalau kita bina satu saluran paip air dari sungai ke kampung ni," Kata Parno.

Karman berhenti melangkah.

"Paip air!Tak pernah dicakap dek orang?",beliau melaung."No!Kita dah ada kerja yang bagus. Aku boleh mengangkut 100 baldi sehari. Sepuluh sen untuk satu baldi adalah 10 ringgit sehari. Aku puas hati. Di hujung minggu aku boleh beli baju baru. Di hujung bulan seekor kambing. Lima tahun lagi aku boleh bina sebuah rumah baru. Kita mempunyai pekerjaan yang terbaik di kampung ini. Kita mempunyai cuti di hujung minggu dan dua minggu cuti bergaji dalam setahun. Kita telah ada pekerjaan yang tetap seumur hidup. Lupakan sahaja pasal paip air kamu itu!"

Tetapi Parno tidak patah semangat. Beliau dengan sabar menerangkan rancangan paip air kepada kawan baiknya itu. Parno bekerja separuh hari mengangkut baldi air dan separuh hari lagi serta hujung minggunya untuk membina paip airnya.

Dia tahu ianya kerja yang sukar, menggali lubang di dalam tanah yang berbatu. Memandangkan beliau dibayar mengikut jumlah baldi, dia sedar pendapatannya akan berkurangan pada peringkat awal. Dia juga sedar ianya akan mengambil masa setahun, mungkin dua tahun, sebelum paip airnya memulangkan hasil yang banyak. Tetapi Parno percaya kepada cita-citannya dan terus bekerja.

Karman dan para penduduk kampung mula mengejek Parno. Mereka memanggilnya "Parno Paip". Karman yang mendapat upah hampir dua kali ganda berbanding Parno menayang-nayangkan pembeliannya. Dia membeli seekor kuda padi lengkap dengan pelana kulit yang baru dan menambatnya di luar rumah yang baru dibinanya.

Dia juga membeli pakaian yang mahal-mahal dan makanan yang sedap-sedap di pekan. penduduk menggelarnya Dato' walaupun Karman tidaklah bergelar Dato'. mereka akan bersorak apabila Karman belanja mereka minum di kedai kopi bahkan ketawa dengan kuat apabila mendengar lawaknya.

Ketika Karman berbaring rehat di dalam buaian di waktu petang serta hujung minggu, Parno terus menggali saluran paipnya. Pada awal beberapa bulan yang pertama hasil usahanya tidak dapat dilihat. Kerjanya sukar - malah lebih teruk daripada Karman kerana parno bekerja juga ketika petang dan hujung minggu.

Tetapi Parno sentiasa mengingatkan dirinya sendiri bahawa impian hari esok dibina di atas pengorbanan hari ini. Hari demi hari dia menggali, sejengkal demi sejengkal.

"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, sejengkal sejengkal lama-lama sepelaung," dia menyanyi-nyanyi sambil menghayung beliungnya ke dalam tanah yang berbatu. Sejengkal bertukar menjadi sekaki..kemudia 10 kaki..kemudian 20 kaki..100 kaki...sebukit.

"sakit jangka pendek sama dengan untung jangka panjang," dia mengingatkan diri sendiri ketika kakinya hampir tersadung memasuki rumah buruknya, kepenatan akibat kerja sehari suntuk. Dia mengukur kejayaannya dengan menentukan matlamat hariannya dan memenuhi matlamat itu kerana beliau tahu lambat laun keputusannya jauh melebihi usaha penat lelahnya itu.

"Fokuskan pada hasil," dia terus mengulanginya sambil terlena ditemani oleh bunyi gelak ketawa dari kedai kopi yang tidak jauh dari rumahnya itu.

Bumi itu berputar..
Hari bertukar bulan. Suatu hari Parno menyedari paip airnya hampir siap, ini bermakna dia hanya perlu berjalan dekat untuk memenuhkan baldi airnya. Parno menggunakan masa lebih untuk menyiapkan paipnya. masanya telah tiba..

Ketika masa rehat, Parno memerhatikan kawan lamanya Karman menyeret baldi. Bahu Karman lebih membongkok dari biasa. Dia membongkok dalam kesakitan, langkahnya semakin perlahan disebabkan kerja beratnya itu. dia menjadi perengus dan bermasam muka, memarahi dan menyesali akan nasib malangnya menjadi pengangkut baldi air seumur hidup.

Beliau semakin kurang menghabiskan masa di kedai kopi sebaliknya banyak menghabiskan masa di buaian tidurnya kerana sering uzur.Apabila pelanggan-pelanggan tetap kedai itu nampak Karman datang, mereka akan berbisik, " Tengok tu, man baldi dah datang," dan mereka akan ketawa mengekek apabila orang lain mengajuk keadaan Karman yang membongkok dan menyeret kaki. Karman tidak lagi belanja minum ataupun buat-buat lawak sebaliknya lebih suka menyendiri di suatu sudut gelap dikelilingi oleh tin-tin kosong.
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu pun oleh Parno pun tiba-saluran paip airnya sudah siap! Orang ramai mengerumuni apabila air memancut dari saluran paipnya ke dalam tangki air!

Sekarang kampung itu sudah mempunyai bekalan air segar yang mencukupi. penduduk dari sekitar kawasan itu berpindah masuk ke kampungnya dan ianya berkembang dan makmur.

Apabila saluran sudah siap, Parno tidak perlu lagi mengangkut baldi air. Air akan mengalir samaada dia bekerja atau tidak. Ia mengalir ketika dia makan. Ia mengalir ketika dia tidur. Ia mengalir di hujung minggu ketika dia sedang bermain. semakin banyak air mengalir ke dalam kampung, semakin banyaklah duit yang mengalir ke poket Parno!

Parno Paip mulai dikenali sebagai Parno Ajaib. Ahli-ahli politik memuji pandangannya dan meminta beliau bertanding jawatan Dato' bandar. Tetapi Parno faham apa yang dicapainya bukannya suatu yang ajaib. Itu hanya permulaan pertama bagi sebuah cita-cita yang besar. Sebenarnya Parno mempunyai rancangan yang melangkaui kampungnya.

Parno merancang untuk membina saluran paip ke seluruh dunia!

Saluran paip telah menyebabkan karman kehilangan pekerjaan dan Parno merasa sedih melihat kawan lamanya terpaksa merayu untuk minum percuma di kedai kopi. Jadi beliau mengaturkan pertemuan dengan karman. Dia memujuk kawannya itu untuk menyertainya sebagai rakan kongsinya. Dia akan mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia. tentulah pendapatan mereka berlipat kali ganda banyaknya..

[End of story..]

SUMBER:Wangcyber.com
Artikel drp:OsmanAdnan

01 November 2009

November 01, 2009 - , No comments

TIPS- Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat