Followers

31 Oktober 2009

Oktober 31, 2009 - , 3 comments

Koleksi Kata-Kata Motivasi- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat – buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Fikir itu kepalanya berkat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perjalanan adalah sebaik-baik guru.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


“Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Genggam bara api biar sampai jadi intan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Maut juruintai yang tak pernah lalai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

27 Oktober 2009

Oktober 27, 2009 - , No comments

KETAM MELAYU vs KETAM CINA

KETAM MELAYU vs KETAM CINA
Saya ingin berkongsi satu cerita kepada anda semua. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari cerita ni.

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Ditulis oleh:ezord
Dipetik daripada:Wangcyber.com

Pengajarannya?

26 Oktober 2009

25 Oktober 2009

Oktober 25, 2009 - , No comments

TIPS MENCAPAI MATLAMAT DENGAN CEMERLANG

1)Tetapkan matlamat jangka pendek(harian,mingguan dan bulanan)

2)Tambahkan matlamat anda sedikit demi sedikit sehingga mencapai objektif yang besar

3)Tetapkan matlamat secara berperingkat iaitu daripada matlamat yang mudah hingga agak sukar dilaksanakan

4)Tulis matlamat anda di sekeping kecil dan sentiasa membacanya agar kekal di ingatan

5)Sentiasa bergaul dengan golongan yang boleh menjadi pendorong dan mempunyai minat serta matlamat yang sama.Ini membantu melaksanakan matlamat anda.

6)Matlamat yang berjaya adalah matlamat yang mempunyai jangka pengurusan masa yang tepat wajar dan pratikal

7)Anda haruslah sangup menghadapi cabaran dan mempunyai keinginan untuk berusaha

8)Anda hendaklah memikirkan tentang risiko dalam mejayakan matlamat dan cara mengatasi risiko tersebut.

24 Oktober 2009

Oktober 24, 2009 - , No comments

TIPS-Bagaimana kita maju ke hadapan

bagaimana kita maju ke hadapan

Mencipta Keseronokan

cipta satu keseronokan dalam perkara yang kita lakukan. misalnya, jika anda seorang affiliate..cari barangan yang anda suka dan seronok untuk jual...jika tiada, cari ruang untuk anda merasa seronok dengan barang yang anda ingin jual...caranya senang sahaja..letakkan satu angan-angan, bahawa jika anda menjual benda tersebut, anda kan mendapat untung yang besar...biarkan angan-angan anda berjalan tetapi pada masa yang sama lakukan tindakan....

Sentiasa tertanya-tanya

letakkan dalam diri anda sifat tertanya-tanya mengenai sesuatu yang anda sedang usahakan...

peraturan 10 perkara

disiplinkan diri untuk mencari sekurang-kurangnya 10 perkara baru setiap hari dalam bidang yang anda suka

Tips ini dari:budakpandai
Dipetik daripada:WangCyber.com

22 Oktober 2009

Oktober 22, 2009 - , No comments

Pengasas Pink Jambu bak mutiara


DARAH Diraja Pahang sebelah bapa dan darah Diraja Perak dari genetik ibu yang mengalir di dalam dirinya tidak pernah mempengaruhi Tengku Marina Tengku Ibrahim untuk mengambil jalan pintas untuk berjaya. Malah, wanita berusia 44 tahun ini mengambil masa yang cukup lama, iaitu kira-kira 17 tahun untuk melihat rekaannya benar-benar diterima umum.

Melahirkan Pink Jambu pada tahun 1992 sebagai satu jenama, rekaan-rekaannya, sama ada dalam bentuk fabrik, pakaian siap, kelengkapan rumah dan rekaan couture pernah mengisi gedung membeli-belah Parkson di seluruh Malaysia selama dua tahun. Malah, ia juga pernah mengisi rak-rak pakaian di Bangsar Shopping Centre, Suria KLCC, Plaza Damas, dan beberapa butik di sekitar Kuala Lumpur.

Tidak kurang hebat, ia juga sudah melebarkan sayapnya di Asia Selatan, Eropah dan Jepun melalui penyertaannya dalam pameran-pameran.

Namun, hanya pada tahun ini, pemilik jenama itu menarik semula produk keluarannya daripada gedung membeli-belah itu dan meletakkannya di bawah satu bumbung di butik mereka di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

"Kami bersyukur dengan apa yang kami 'warisi' tetapi kami tidak mengambil kesempatan ke atasnya. Kakak mengambil laluan sukar sebagaimana orang lain lalui untuk membina bisnes ini.

"Dia menggunakan pengalamannya mereka set untuk rangkaian televisyen TV3, bekerja di firma-firma seni bina dan sebagainya untuk membina tapak yang kukuh dalam bidang ini. Cabaran baginya sesuatu yang sangat manis," ujar adik bongsu Tengku Marina, Tengku Eliza, 30.

Menurut Pengarah Jenama & Komunikasi untuk Pink Jambu itu, darah usahawan sememangnya sudah lama wujud dalam keluarga mereka.

"Kakak sememangnya saya angkat sebagai contoh dalam bidang perniagaan kerana dia seorang yang berani mencuba atau membuat keputusan. Apa saja yang dilakukannya akan ditukar menjadi peluang perniagaan," tambahnya.

Bakat seni yang ada pada kakaknya itu, menurut Tengku Eliza, banyak diwarisi daripada ibu tercinta, Raja Aminah Raja Musa. "Ada juga kraftangan yang ada di butik ini ialah hasil kerja emak.

"Seronoknya, emak pula seorang yang sentiasa menggalakkan anak-anaknya untuk melakukan apa sahaja yang anak-anaknya mahu lakukan," ungkap Tengku Eliza yang kini sedang mengikuti kursus pemasaran strategik lanjutan.

Keterbukaan yang berterusan diamalkan dalam keluarga mereka, membuatkan Eliza senang bekerja dengan kakaknya itu.

"Walaupun saya lebih muda daripadanya, kakak masih meminta pendapat dan merujuk kepada saya untuk perkara yang berkaitan dengan bidang yang saya ceburi. Disebabkan itu, saya mudah saja membuat keputusan untuk menyertai usaha kakak saya ini sedangkan sebelum ini saya mempunyai syarikat pengiklanan sendiri," kongsinya yang mula menyertai Pink Jambu secara serius pada tahun ini.

Menggambarkan kakaknya itu sebagai seorang yang artistik, inovatif dan timeless, Tengku Eliza memilih untuk menyamakan kakaknya itu seperti sebutir mutiara.

"Apa yang dilakukan mewakili dirinya. Apa saja yang dilakukannya tidak pernah dimamah usia dan sentiasa diingati. Setiap kali saya memikirkan kakak, saya akan terfikirkan mutiara. Kualiti mereka sama," tutur Tengku Eliza lagi.

BAKAT seni yang ada pada Tengku Eliza ialah penguasaannya terhadap bahasa pertuturan dan penulisan.

Eliza suara Marina

Sementara itu bagi Tengku Marina, tiada beza bekerja dengan keluarga atau bukan ahli keluarga.

"Tetapi jika bekerja dengan keluarga, kita akan turut mendapat sokongan atau galakan, dan lebih mudah untuk mempercayai mereka dalam menguruskan perniagaan.

"Hubungan saya dengan Eliza di tempat kerja cukup profesional, kami tahu di mana perlu digariskan sempadan antara kerja dan peribadi. Eliza ialah suara saya. Kami melahirkan visi dan sasaran perniagaan kami bersama-sama. Kami berusaha ke arahnya bersama-sama," ulasnya.

Tambahnya: "Namun apa yang penting, saya melihat dirinya sebagai seorang yang bakal mengepalai perniagaan kami, pewaris saya. Eliza terpilih kerana kepakaran dan kekuatannya dalam bidang pemasaran dan penjenamaan."

Motivasi diri Tengku Marina turut diakui adiknya itu apabila beliau tidak sekalipun menoleh ke belakang tatkala perniagaannya berdepan kebuntuan.

"Dulu kakak ada rakan kongsi, tetapi separuh jalan, dia memutuskan untuk menarik diri. Walaupun keseorangan, kakak teruskan juga. Hasilnya, Pink Jambu mula mendapat perhatian. Boleh dikatakan sepanjang hampir 17 tahun ini, kakak sudah berdepan pelbagai dugaan yang teruk, termasuk krisis kejatuhan ekonomi negara tetapi dia masih dapat bertahan sehingga kini," akui Tengku Eliza.

JENAMA Pink Jambu kini berdiri di atas dua nama wanita ini.

Dua hari, 20 rekaan

Pink Jambu pada satu ketika dahulu sememangnya berdepan dengan kesukaran apabila orang ramai melabel batik yang diusahakan butik tersebut sebagai sesuatu yang tradisional atau formal. Sedangkan Pink Jambu juga mampu menghasilkan pakaian sedia pakai berkonsep resort yang santai dan ranggi.

Pink Jambu mengatasi masalah itu dengan mereka pelbagai corak dalam bermacam-macam bentuk dan fungsi secara berterusan untuk memastikan ia sesuai untuk kegunaan pelbagai acara dan tujuan.

Kematangan dalam berkarya lebih terserlah apabila Marina mendedahkan beliau mampu menghasilkan 20 ilustrasi rekaan dalam masa tiga jam.

"Susulan daripada itu, barulah rekaan dilengkapkan dengan perincian, pewarnaan dan pengembangan idea. Ini bermaksud 20 rekaan dapat disempurnakan di antara dua hingga tiga hari," jelasnya.

Tidak melabelkan Pink Jambu sebagai pereka batik, sebaliknya butik itu mereka corak dan motif menggunakan teknik batik di atas fabrik.

"Kami percaya, produk kami terjual kerana reka corak dan bukannya kaedah batik yang kami gunakan," ujar Tengku Marina yang mengakui pandangan seperti itu mempunyai impak ke atas perniagaannya.

21 Oktober 2009

Oktober 21, 2009 - , No comments

KATA-KATA MOTIVASI

"Jangan takut menghadapi kegagalan kerana dengan kegagalan kita beroleh pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri kita,yang ditakuti ialah gagal untuk kali kedua dalam perkara yang sama"

-Hamka

20 Oktober 2009

Oktober 20, 2009 - , No comments

TIPS-BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG BERMOTIVASI

Bagaimana menjadi seorang yang bermotivasi.

1)BERANI MENGHADAPI MASALAH

-Masalah merupakan perkara biasa yang dialami oleh semua orang.Lari daripada maslah tidak akan memberi sebarang penyelesaian malah semakin membebankan.Hadapilah segala masalah yang dihadapi dan anda akan medapati diri anda lebih bermotivasi.


2)BIJAK BERTINDAK


-Jangan tangguhkan kerja yang boleh anda lakukan.Guna masa dengan sebaik-baiknya,ingatlah seminit yang kita terlepas tidak akan kembali lagi.

3)JANGAN MUDAH PUTUS ASA

-Jangan mudah putus asa,dan jangan jadikan kegagalan itu sebagai alasan untuk berputus asa.Lihat sahaja Thomas Edison dalam cubaannya menghasilkan lampu,sebanyak 999 kali beliau mencari cara untuk mencipta lampu dan lihat hasilnya yang kini begitu bermanfaat kepada manusia.

4)BERMATLAMAT

-Matlamat diri adalah penting untuk menjadai seorang yang bermotivasi dan berdaya maju.Tanpa matlamat sukar untuk mengetahui arah tujuan hidup yang sebenar.Anda perlu mengetahui apa yang harus dilakukan untuk memperoleh kecemerlangan dalam diri.

5)MENCONTOHI KEJAYAAN ORANG LAIN


-Jadikan kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi untuk berjaya.Sekiranya orang lain boleh berjaya mengapa tidak anda?

6)KIKIS FIKIRAN NEGATIF DAN GANTI DENGAN POSITIF

-Kkis semua fikiran negatif anda.Pemikiran yang positif berupaya membentuk peribadi anda menjadi lebih berketrampilan.

7)KUATKAN AZAM UNTUK BERJAYA

-Tekadkan azam anda.Kata dan fikirlah "SAYA BOLEH".Jika anda bersikap demikian,segala matlamat dan impian mudah dicapai,insya-Allah.

8)BERSEDIA MENERIMA KRITIKAN DAN PENDAPAT ORANG LAIN


-Terima segala kritikan dengan fikiran yang terbuka.Dengar dan ikuti pandangan dan nasihat yang boleh dijadikan panduan membina diri anda ke arah kejayaan.

9)MENGAKUI KELEMAHAN DIRI

-Jangan bersikap bodoh sombong,jangan malu bertanya jika anda benar-benar tidak faham mengenai sesuatu perkara.

10)INISIATIF DIRI SENDIRI

-Kejayaan untuk diri anda bukan datang daripada oraang lain.Anda sendiri perlu berusaha dan berikhtiar untuk mencapai kejayaan.

11)BERMINAT DENGAN TUGAS YANG DILAKUKAN

-Sentiasa tanam minat dalam melaksanakan tugas yang diberikan,individu yang berjaya ialah individu yang sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap tugas yang diberikan.

12)KETABAHAN HATI

-Kejayaan bukanlah sesuatau yang mudah dicapai,Jika anda ingin kejayaan,perlulah mempunyai semangat yang cekal dalam diri untuk menghadapi segala dugaan.

16 Oktober 2009

10 Oktober 2009

Oktober 10, 2009 - , No comments

TIPS KEJAYAAN-FOKUS

Fokus...

Mengapa kita perlu fokus dalam hidup ini?

Jika anda sering membaca atau menonton hal-hal yang berkaitan dengan motivasi atau pembangunan diri,pasti anda mengetahui tentang kepentingan mempunyai nilai fokus yang tinggi.

Seringkali kita mempunyai matlamat yang ingin kita capai dalam hidup tetapi berapa peratuskah yang benar-benar berjaya kita capai? Contoh mudahnya begini,

Ali telah menetapkan matlamat mendapatkan "straight"A dalam SPM,tetapi Ali hanya sekadar menetapkan matlamat,tidak ada usaha yang dilakukannya untuk mencapai matlamatnya itu.Ali hanya membaca buku sekiranya mempunyai mood untuk melakukannya,Ali juga sering berangan-angan dalam kelas dan kadang-kadang tidak masuk kelas(ponteng)kerana terpengaruh dengan ajakan kawan-kawannya yang lain.Oleh itu,berjayakah Ali untuk mencapai matlamatnya itu?Sudah tentu tidak kerana usaha yang dilakukannya hampir kepada 0 peratus jadi hasilnya juga 0 peratus.

Hal ini terjadi kerana Ali tidak mempunyai fokus yang jelas.Ali bukanlah seorang pelajar yang gagal kerana dia mempunyai matlamat untuk berjaya cuma Ali kekurangan fokus bagi memastikan cita-ciata/matlamatnya itu tercapai.

Jadi,mempunyai/menetapkan matlamat sahaja tidak cukup,ianya perlu diikuti dengan usaha yang berterusan,perancangan yang betul dan FOKUS yang jelas dalam matlamat...bagi memastikan/menunjukkan kita sememangnya serius dan komited dalam mencapai matlamat kita itu.

09 Oktober 2009

08 Oktober 2009

Oktober 08, 2009 - , No comments

TIPS IK-Di Manakah Tahap Kewangan Anda?

===============================
Di Manakah Tahap Kewangan Anda?
===============================


Berikut adalah 4 tahap tersebut...

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun.
Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu
menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya
anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang
simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan
sebagai kais pagi-makan pagi... kais petang makan petang. Zaman
modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni... kais bulan
depan, makan bulan depan ;)

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak
selamat ini...

#2: Kewangan Selamat

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya
anda berhenti kerja (atau dinberhentikan :) ) anda mempunyai
simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan.
Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! keran tidak ramai
yang berada di sini.

6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu
mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung
pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di
tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini... cukupkan simpanan anda
untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang
mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di
tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja
ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan
secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga
sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan
perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih
lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok
melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela...

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan
berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina
perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet)
atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin
pengurus).

#4: Tahap Terlalu Kaya atau Ultra Rich

Tahap ini lagi la sedikit yang capai... teramat sedikit. Mereka ini
jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang
yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta... (kita
nak dapat beratus ribu pun payah ;) ) nama nama seperti Tan Sri
Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh
Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Itulah 4 tahap kekayaan yang saya kongsikan di "Irfan on Air".
Sekiranya anda ikuti, saya juga kongsikan teknik dan strategi
bagaimana hendak meningkatkan tahap anda dari 1-2-3-dan-4.
Insyaallah saya akan konsikan pada hari lain. Buat masa ini, kita
faham dulu kedudukan kewangan kita...

Soalan cepu gangsa pada hari ini...

Anda berada dalam kedudukan yang mana? ;)

====

Memang tidak dinafikan, antara cara untuk perbaiki tahap kewangan
kita adalah dengan memulakan perniagaan Internet. Sekiranya anda
berminat mempelajari cara bagaimana anda boleh memulakan perniagaan
Internet dalam masa 7 hari sahaja, lawati
http://www.rahsiainternet.com/workshop sekarang!

SUMBER:IRFAN KHAIRI.COM

07 Oktober 2009

Oktober 07, 2009 - , No comments

Penjahit butang ke pemilik butik


PEMILIK butik Ms. Read, Helen Read pernah bergelumang dengan timbunan butang baju pada suatu ketika dahulu. Bekerja menjahit butang baju di rumah, beliau melakukannya ketika anak sulungnya, Benjamin tidur di buaian.

Setiap hari, beliau bertungkus-lumus menjahit butang blaus yang dihantar kepadanya dalam satu beg penuh.

Helen melakukan kerja itu semasa menjadi rakan kongsi bersama dua rakannya yang menjalankan perniagaan pakaian, Q-Corporation.

Episod sejarah awal itu bagai sudah membuktikan akan minatnya terhadap bisnes dan kecekalan Helen. Meskipun dilahirkan dalam keluarga berada, Helen sanggup bekerja sebagai penjahit butang.

Helen sedar, itulah caranya untuk beliau berdiri di atas kaki sendiri setelah berhenti kerja sebagai ketua unit pengemas bilik di sebuah hotel.

"Walaupun bayarannya tidak lumayan, namun setiap sen yang diterima tetap memberi kepuasan," ujar Helen tanpa berselindung ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Wanita berambut pendek yang ceria itu terserlah karismanya sebagai usahawan.

Berwawasan

Pemilik merangkap Pengarah Urusan Ms. Read, butik terkenal bagi pakaian untuk wanita bersaiz besar itu nyata seorang yang berwawasan tinggi.

Setelah menjadi pemilik penuh perniagaan Q-Corporation pada 1984 apabila dua rakannya melepaskan pegangan syarikat, ujian terus membadainya. Namun, beliau tetap tabah. Meskipun berdepan jatuh bangun akibat kemelesetan ekonomi yang dialami negara sekitar tahun 1990-an, wanita itu tetap membayangkan masa depan yang cerah.

"Pada waktu itu, banyak perkara yang perlu saya tempuhi tanpa bantuan pihak luar. Ayah saya turut mengalami kerugian besar sebanyak RM7 juta apabila nilai saham-saham yang dibelinya jatuh merudum," ujarnya sambil menundukkan kepala menyembunyikan matanya yang mula berkaca. Keadaan itu turut mendesak adik-beradik Helen yang belajar di luar negara, kembali ke Malaysia dan mencari pekerjaan.


Pinjaman

Kerana masalah ekonomi juga, Helen bimbang besar kemungkinan pinjaman kewangannya dari sebuah bank tempatan terputus separuh jalan, sekali gus bisnesnya hampir terkubur. Namun, kerana kesungguhannya untuk meneruskan perniagaan, beliau mengambil langkah proaktif dengan mengirim sepucuk surat kepada pihak bank mengenai status perniagaannya.

Berkat kegigihan dan berfikiran positif disusuli perbincangan secara bersemuka untuk meyakinkan pihak bank, Helen akhirnya mampu meluaskan rangkaian syarikatnya.

Sebagai seorang anak, ibu dan kakak, Helen terus bekerja keras siang dan malam bagi mengatur strategi bisnes yang lebih mantap.

Pada tahun 1997, Helen memberanikan diri mendaftarkan nama butik Ms. Read yang menjadi pusat penjualan pakaian-pakaian keluarannya.

Hari ini, penat lelahnya berbayar apabila beliau bergelar usahawan yang cukup berjaya dengan pembukaan 16 buah butik Ms. Read. Dua buah butik lagi dijangka menjadi realiti sebelum hujung tahun ini.

Jenama pakaian yang mementingkan kualiti itu turut mendapat perhatian di Singapura, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

"Tahun depan, kami mungkin akan membawa jenama Ms. Read ke Indonesia, selain mempelbagaikan lagi stail dan gabungan trend yang lebih moden," ujar wanita yang mempunyai ketinggian 162 sentimeter itu.

Helen yang giat melakukan kerja-kerja amal di dalam dan luar negara mengakui bahawa kepakarannya dalam industri yang diceburi itu bertitik-tolak daripada pengetahuan dan pengalaman melaksanakan tugas sebagai suri rumah.

"Bayangkan daya fokus dan kemahiran serba boleh yang dimiliki dapat menyeimbangkan tanggungjawab domestik dan kerjaya dalam satu masa.

"Sungguhpun begitu, tahap profesionalisme dan disiplin yang dimiliki membantu saya mengurus dan membahagikan masa dengan produktif," ujar Helen yang berpendidikan dalam bidang pengurusan hotel.

POTRET KELUARGA. Dari kiri: Edmund, Kristy, Benedict, Helen dan Benjamin.

Jenama

Menyentuh tentang segmen perniagaannya yang mengeluarkan pakaian wanita bersaiz besar, Helen berkata, ia menjadi kenyataan apabila sebuah pusat beli-belah terkenal menghubungi dan memberikan ruang khas kepadanya bagi mempamerkan koleksi pakaian jenama sendiri.

Helen cuma mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa wanita bersaiz besar masih boleh kelihatan menarik sekiranya bijak memilih fesyen pakaian.

"Wanita secara amnya dilahirkan dalam variasi bentuk badan. Sebagai seorang wanita, saya memahami keinginan memiliki baju yang menepati cita rasa.

"Apatah lagi ramai wanita di semua peringkat usia, menganggap diri mereka tidak mencapai standard kecantikan yang diletakkan oleh masyarakat. Mereka juga gagal mengamati bahawa kecantikan adalah sesuatu yang bersifat subjektif," katanya sambil memberitahu Ms. Read menawarkan pakaian bersaiz besar iaitu dari 12 hingga 22.

Helen menegaskan: "Bukan pakaian sahaja yang menyuntik personaliti dalam diri seseorang secara keseluruhannya."

Diperbaharui hampir setiap bulan, Ms. Read dibahagikan kepada tiga koleksi utama iaitu sut formal untuk ke pejabat, kasual dan pakaian ke majlis keramaian.

Malah, idea itu turut dipanjangkan kepada baju tidur yang diperkenalkan baru-baru ini. Dengan dua orang pereka fesyen tetap dan terus bertambah, Helen dan suaminya, Edmund Read yakin untuk kekal berdaya saing pada tahun-tahun akan datang.

PEREKA fesyen, Sencir Lim (kanan) berbincang sesuatu dengan Helen tentang rekaan baru.

Kejayaan

Setelah mengerah keringat selama 23 tahun dalam bidang tekstil, kejayaan itu dikongsi bersama tiga orang anaknya iaitu Benjamin Yong, 32, Benedict Read, 31, dan Kristy Yong, 27.

Mengadakan perjumpaan berkala dengan kakitangan di ibu pejabat, Helen tidak berminat untuk banyak bercakap. Sebaliknya, dia lebih suka membahagikan tugas atas dasar kepercayaan.

Selain mereka pakaian bersaiz besar, satu lagi hobi yang sangat digemarinya adalah memasak. Malah, minatnya itu dikongsi bersama orang ramai melalui laman sesawang www.msread.com.my.

"Tetapi, saya tidak berapa pandai menyediakan masakan Cina. Saya cuma tahu masak kari ayam dan beberapa juadah antarabangsa. Sekarang, saya sedang belajar menyediakan laksa Johor, laksa Singapura dan mi nyonya," kata Helen yng lebih rela pergi ke restoran untuk menikmati masakan India dan Melayu.

Bukan sekadar bercerita tentang masakan, laman sesawang itu turut dipenuhi dengan bahan-bahan ilmiah seperti tip-tip yang berguna untuk kaum wanita yang dimuat turun dari semasa ke semasa.

SEBAHAGIAN daripada himpunan fesyen bersaiz besar yang pernah dihasilkan oleh butik Ms. Read.

Helen memberitahu, peluang untuk melancong ke luar negara bersama keluarga atau kakitangan dimanfaatkan untuk mengenali budaya, masakan dan trend fesyen akan datang.

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, Benjamin kini mengikut jejak ibunya untuk bergelar seorang usahawan berjaya. Benjamin melakukannya menerusi pembukaan kafe Delicious dan butik Dude & The Duchess sejak beberapa tahun lalu.

Mungkinkah Ms. Read akan menawarkan produk-produk fesyen lain atau rangkaian pakaian wanita bersaiz normal?

"Tidak. Perkara itu tidak terlintas di fikiran," jawabnya ringkas

06 Oktober 2009

Oktober 06, 2009 - , No comments

TIPS KEJAYAAN-MUHASABAH DIRI

Salam sukses semua,

Lebih mudah untuk kita(termasuk saya sendiri) melihat akan kekurangan dan kelemahan orang lain berbanding dengan kelemahan dan kekurangan diri sendiri.

Tetapi menurut pakar-pakar motivasi,malah menurut Islam,cara yang paling mudah untuk kita mencapai kejayaan ialah dengan selalu muhasabahkan diri.Islam juga mengatakan orang yang paling bijak ialah mereka yang selalu menginsafi dan memuhasabahkan diri sendiri.

Oleh itu,setiap kali sebelum tidur,berfikirlah dengan teliti tentang hal-hal yang telah dilakukan pada siang harinya,kesalahan-kesalahan yang mungkin kita tidak sengaja lakukan.Barangkali terdapat juga peristiwa yang benar-benar menginsafkan diri contohnya kita melihat pengemis yang cacat anggotanya.Bersyukurlah kerana masih hidup dengan lengkap walaupun mungkin tidak sempurna.

Muhasabahkan diri semoga esoknya kita akan melakukan yang lebih baik daripada hari ini dan semalam,semoga kita akan terus sukses dalam hidup ini. :)