Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

02 Jun 2009

TIPS KEJAYAAN-Kejayaan Berjangkit

============================
ARTIKEL: Kejayaan Berjangkit
============================

Oleh: Irfan Khairi

Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung
pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita?
Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita?
Contacts kita dan sebagainya!
Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan
orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan
mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi
"If you want to soar with the eagles, you must not flock with the
turkeys".

Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi
untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan "Mastermind'
tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya.
Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran dupaya sama-sama
mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.
Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil
oleh kerana menggunakan konsep "kejayan berjangkit ini".
Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan
kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.

Success breeds success
Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins
"Success Breeds Success", bererti, apabila seseorang mencapai
kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan
yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan
yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!

Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana
apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan,
pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama.
Apabila seseorang itu mencaapi kejayaan, keyakinan diri juga akan
bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum
kepada seseorang itu untuk meneruskan dang mengulangi kejayaan yang
dikecapi.

Siapakah role-model anda?
Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael
Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi
perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada
diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.
Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau
membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita
hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga
akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga,
kejayaan adalah berjangkit!

Kegagalan juga berjangkit!
Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula
dengan kegagalan!?

Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit!
Flock with the Turkeys

Sekiranya peribahasa berbunyi "If you want to soar with the
eagles, you must not flock with the turkeys", maka, pastinya kita
perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan
diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya
juga berjangkit.

Sekiranya di kalangan teman-teman kita, terdapat mereka yang sering
berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah
satu racun yang amat berbahaya.

Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding
dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak
untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan
usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.

Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif,
sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan
terjangkit kepada kita! Sudah jatuh, ditimpa tangga pula

Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering di
susuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?

Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuh kan semangat dan juga
keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif
mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui
dan momentum juga akan terganggu.

Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah
jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan
daripada kegagalan!

Silap memilih role-model!
Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranya
tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap.
Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan,
tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing
bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita.
Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki
minum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita
tentang erti sebenar kejayaan.

Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita.
Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan
terjangkit pada kita pula.

Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain
(penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya
menyukai nya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang
muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang
terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka,
Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.

Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial
kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh
jangkitan kegagalan yang paling ketara.

Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja di
dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya
di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan
kejayaan, ataupun kegagalan. Harapan saya, pilih lah yang pertama!

Sumber:Irfan Khairi.com

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)