Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

06 Jun 2009

TIPS KEJAYAAN-5 TIPS MENCAPAI KEJAYAAN

Salam sukses semua, :)

TIPS KEJAYAAN-5 TIPS MENCAPAI KEJAYAAN

1)Anggap ejekan atau sindiran sebagai satu cabaran untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi,

-Contohnya,sekiranya ahli keluarga atau kawan anda mentertawakan anda apabila anda memberitahu mereka bahawa anda hendak berniaga,jadikan sindiran tersebut sebagai satu alat yang membakar semangat(burning desire)untuk anda memulakan perniagaan tersebut,percayalah mereka akan menghentikan sindiran mereka apabila melihat anda berjaya dalam perniagaan anda

2)Sentiasa berfikiran postif

-Jika anda selalu membaca buku motivasi atau melayari blog2 yang berkaitan dengan motivasi/self-improvement,anda akan berjumpa dengan tips ini,”positive mindset”Hal ini kerana,sekiranya kita hendak melakukan sesuatu sama ada ingin berjaya dalam perniagaan ,pekerjaan mahupun pelajaran,kita perlu setkan dahulu minda kita ke landasan yang betul cthnya “Aku ialah seorang usahawan,/pekerja/pelajar yang berjaya dalam hidup aku dan aku akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam hidup ini,aku ialah seorang yang cemerlang”,ucapkanlah kata2 ini selalu dan anda akan melihat perubahan dalam hidup anda.Insya-Allah

3)Fokus

-Di dalam memulakan sesuatu perkara kita mestilah sentiasa fokus 100 % terhadap perkara tersebut sahaja kerana minda kita hanya boleh fokus kepada satu perkara dalam sesuatu masa,jadi sentiasalah fokus dalam usaha meningkatkan kecemerlangan terhadap pekerjaan/perniagaan atau pelajaran anda.

4)Kaizen

-Satu budaya yang diamalkan oleh orang Jepun iaitu peningkatan secara berterusan,contohnya hari ni anda letak 1% usaha dalam mencapai kejayaan,esoknya anda tambahkan lagi 1% sehinggalah anda mencapai 100% dalam usaha mencapai kejayaan dalam hidup anda. Carilah ilmu2 tambahan dalam usaha anda mencapai kejayaan,cara yang paling mudah ialah banyakkan membaca buku2 yang berkaitan dengan bidang anda.(orang yang berjaya biasanya gemar membaca btul x? )

5)Sabar

-Anda harus sedar bahawa kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan sekelip mata sahaja,contohnya jika anda hendak menjadi jutawan,adakah ianya akan berlaku dalam tempoh semalaman sahaja?mustahil bukan,oleh itu,anda perlulah sentiasa bersabar daalam usaha anda hendak mencapai kejayaan.


“Always happy”
“Keep smiling”

-Miji

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)