MIJI, Jom Jadi Cowboy!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi MIJI,

Bertemu lagi kita pada email pada kali ini. Kami harap anda
sentiasa sihat dan bersemangat menempuhi cabaran seharian.

Baiklah MIJI, tahukah anda bahawa perniagaan kita perlu sentiasa
bergerak seperti cowboy?

Dalam perniagaan, jangan sesekali berasa selesa dengan apa yang
anda miliki atau capai sekarang. Sekiranya anda berfikiran
demikian, maka anda tidak mempunyai daya motivasi dan daya saing
untuk meningkatkan atau mengembangkan perniagaan anda ke peringkat
yang lebih tinggi.

Dalam perniagaan, sekirannya anda tidak bergerak, anda akan
ditumpaskan oleh pesaing anda!

Pepatah Inggeris ada menyebut "A moving target is harder to get
shot."

Jadi nasihat kami, MIJI perlu kembangkan perniagaan anda, tambah
produk baru, luaskan pasaran anda dan juga perbaiki produk anda.

Kami sendiri juga sering membuat perubahan-perubahan tertentu
perniagaan kami dari segi teknik pemasaran dan sering mempunyai
idea untuk menambah produk-produk baru.

Akhir kata, lakukan apa sahaja untuk menningkatkan perniagaan anda
asalkan anda tidak berasa selesa dengan keadaan semasa. Mana tahu,
sekirang anda berasa selesa dan langsung tak bergerak maka
pesaing-pesaing anda sedang memasang perangkap untuk menjatuhkan
anda. ;)


Sekian,
Zhafran & Labanon,
Usahawan "Mentah",
Team FlareBiz.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC

Blog Tutorial:Aneka Gambar Untuk Header Bertukar-Tukar