Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

16 Mac 2009

7 Sifat Istimewa Usahawan Siber

7 Sifat Istimewa Usahawan Siber

Jika kita perhatikan akan kejayaan kisah-kisah kejayaan usahawan siber, samada Bill Gates (Microsoft), Jeff Bezos (Amazon.com) mahupun kepada usahawan home biz yang kurang dikenali seperti Sen Tze, Peter Chan dan ramai lagi, mereka semua tidaklah mempunyai pengalaman perniagaan bertahun-tahun sebagaimana usahawan tradisional zaman dahulu .

Namun kejayaan mereka lebih tinggi jika diukur dari segi kepantasan dan nilai kewangan.

Apakah ciri-ciri (traits) mereka semua ini ? Apakah rahsia peribadi diri mereka ?


Di sini saya dedahkan kunci-kunci kejayaan menjadi usahawan siber, yang diantaranya adalah:

1)Experimen selalu...

Seorang usahawan siber harus bersedia mencuba idea-idea baru di pasaran yang disasarnya. anda mestilah sentiasa up-to-date dan menilai tindakan-tindakan pemasaran anda. Eksperimen dan adaptasi dengan apa yang diperlukan dan diinginkan pasaran .
Contohnya , anda mendapati terjumpa satu halaman web baru yang mempunyai tema yang selari dengan produk anda. Jangan buang masa, tawarkan pertukaran link atau tawarkan joint venture.

2)Fokus dan terus fokus kepada Niche Market.

Internet menjangkau pengedaran peluang perniagaan kepada pasaran baru yang terbuka. Kerana itu, usahawan siber harus memfokuskan pada sektor pasaran yang terdefinisi dengan baik -iaitu pada niche market atau lubuk pasaran - agar dapat meraih posisi dominan atau mencari pasaran yang belum atau kurang dilayani sepenuhnya. Hakikatnya, peluang yang paling 'panas' terletak pada pasaran yang baru. Contohnya, produk pasaran anda selama ini adalah pada menjual bahan pendidikan kanak-kanak. Setelah melakukan sedikit kajian, anda dapati bahawa anda boleh mencipta satu produk baru yang lebih khusus kepada pasaran tersebut dengan menyasarkan kepada segmen pasaran baru di dalam pasaran tersebut, menjual produk kepada kanak-kanak yang bersekolah pra sekolah / tadika.

3)Inovasi Yang Berterusan.

Melancarkan produk ke pasaran hanyalah langkah pertama. Persaingan yang tak henti-henti dan permintaan pasaran terhadap penambahbaikan dan inovasi produk sangat penting.Di alam siber anda boleh pada bila-bila masa ditewaskan oleh pemain baru yang mempunyai idea lebih inovatif.

4)Pengetahuan di dalam pelbagai ilmu.

Perniagaan dalam era ekonomi baru seperti sekarang menciptakan jalan penyelesaian dengan mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu seperti teknologi, content, grafik, server dan copy writing. Kerana itu, seorang usahawan siber kejayaan biasanya memahami pelbagai disiplin ilmu. Itulah kemampuan yang harus dimiliki seorang usahawan siber dalam lingkungan perniagaan yang berubah dengan pantas.

5)Kemampuan Beradaptasi.

Laju perubahan yang terjadi pada alam siber memerlukan perniagaan yang lebih fleksibel dan adaptif dibandingkan sebelumnya. anda harus menambah pengetahuan dan mampu menterjemahnya, serta secara pantas merespon perubahan tersebut dimanapun terjadinya –baik dalam teknologi dan persaingan, juga pada perubahan pola pasaran dan pembeli.

6)Pantas.

Dengan segala kepantasan perkembangan teknologi, globalisasi, dan internet, laju perubahan pun semakin pantas dari yang pernah dibayangkan. Kerana itu, anda harus boleh menyelaminya dan sanggup bereaksi pantas, tapi juga penuh pertimbangan.

7)Kerjasama.

Sudah menjadi sifat dari usahawan siber untuk saling bekerjasama. anda tidak boleh bekerja sendiri di pergerakan dengan kepantasan seperti ini. Internet memungkinkan anda melibatkan banyak pemilik perniagaan dalam setiap langkah. Mulai dari kelahiran sebuah produk melalui kajian, pembangunan produk, pengemasan, pengiriman, support dan proses perbaikan yang terus berjalan.

sumber:sydinar.blogspot.com(http://sydinar.blogspot.com)

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)