Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

01 Februari 2009

Beli BMW Untung Jual Belacan



Salam,

sebelum ni,saya ada letakkan tentang Ezany yang menjadi usahawan belacan,jadi terbaca pula keratan akhbar utusan tentang Ezany dah pakai BMW kerana bisnes belacannya,dan inilah keratan akhbar tersebut-


Ezany beli BMW untung jual belacan

Siapa sangka walaupun belacan tu busuk, tengoklah tauke dia, pelakon Ezany Nizariff, 36, dah nak pakai kereta BMW. Mula-mula dulu masa Ezany bagi tahu dia nak jadi tauke belacan, ramai orang gelak. He... hi... pelakon jual belacan!

Tapi siapa sangka hari ni Ezany dah jadi senang-lenang selepas bersusah payah nak buka bisnes dia.

Kata Ezany, kerana untung jual belacan, dia bercadang nak beli kereta BMW 3 Series berharga lebih RM100,000 dalam waktu terdekat ni.

Bukannya apa, dah lama sangat dia mengidam nak pakai kereta mewah. Bila dah ada kemampuan, dia nak penuhilah impian dia tu. Niezam ingat lagi mula-mula nak jadi artis, Ezany sanggup naik teksi, naik bas turun bas nak buat fotografi. Lepas tu dia beli kereta Satria warna hijau.

Bila dah senang sikit dia pakai kereta Kia Sorento dan akan bertukar BMW pula beberapa minggu lagi. Hasil berniaga juga kata Ezany dia dah mampu beli dua buah kondominium.

Syukurlah itu namanya rezeki selepas kahwin dengan Lizda Nuryanti, 27, kira-kira dua tahun lalu.

Sekarang ni kata Ezany, kilang belacan dia di Perlis dah boleh keluarkan 50,000 ketul belacan sebulan. Belacan yang menggunakan nama dia sendiri tu dijual di semua pasar raya Giant, Mydin, Jaya Jusco dan Carrefour.

Selain belacan, Ezany turut jual sos tomato dan sos cili. Bila dah dapat semua benda dalam hidup, Ezany cuma tak sabar-sabar nak tunggu dapat anak. Dia agak sedih kerana isteri dia dah tiga kali gugur. Tak apalah... dah tak ada rezeki anak, Tuhan bagi rezeki lain pula. Yang penting ikhlas dan jujur.

NIEZAM: Tauke belacan dengan muka belacan dua benda berbeza.

2 ulasan

Salam Semua.

Menarik artikel ni!!!
Erm, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya!!!

Take note of this!!

Reply

Yep zool,malah kadang2 lebih elok kita digelakkan dan ini menjadi pembakar semangat utk kita membalas gelakkan itu. :)

Salam kembali meetuncleshah,
Setuju sangat dengan komen meetuncleshah,
"the harder the better"

Walaikummusalam firadila,
Yep,biar tak glamor asal tak papa :) moga kita akan menjadi usahawan yang berjaya,insya-Allah

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)