07 Disember 2008

Sean Belnick-Pengasas BizChair.com





Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda kisah seorang manusia bernama Sean Belnick. Percayakah anda bahawa beliau menjual kerusi melalui internet sejak berumur 14 tahun!!


Pada awal perniagaan beliau, beliau hanya menjual beberapa kerusi sahaja, namun kini beliau menjual hampir atau lebih 25,000 jenis kerusi kepada syarikat-syarikat besar seperti Microsoft, Google dan banyak lagi.


Pada tahun 2007 jumlah pendapatan yang beliau perolehi adalah sebanyak USD38 Million!! Dan yang menariknya , beliau kini mensasarkan jumlah pendapatan USD50 - USD54 pada tahun ini. Beliau kini mempunyai seramai 75 orang pekerja yang membantu membangunkan perniagaan menjual kerusi syarikat beliau.



Belnick menegaskan pelanggan memilih BizChair.com kerana harganya yang rendah,perkhidmatan pelanggan yang terbaik serta pelbagai pilihan yang terdapat di BizChair.com. BizChair.com menawarkan sebanyak 100 fabric untuk sesuatu kerusi , sedangkan pesaing mereka hanya menawarkan 3 atau 4 pilihan sahaja. Syarikat mereka juga turut menawarkan jaminan wang dikembalikan jika terdapat sebarang masalah kepada pelanggan mereka.


We do a lot of stuff to ease the customer’s fears of purchasing a chair online.”-Sean Belnick



Belnick memberitahu bahawa dia merancang untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang kewangan,akautan dan pengurusan perniagaan selama 2 tahun di Goizueta Business School di Emory, dan kemudian kembali bekerja semula sebagai CEO sepenuh masa di BizChair.com.


Belnick berkata bahawa terdapat kawannya yang telah memulakan perniagaan sendiri tetapi Belnick kemudiannya berkata bahawa syarikat beliau akan menjadi yang terbaik dan yang paling berjaya,


2 ulasan:

  1. Jazakillah atas info yang bermanaaat tersebut.
    Moga ALLAH meredhai mu.

    BalasPadam
  2. Salam Mumtazah,terima kasih dan semoga kita sama-sama mendapat barakah dari-Nya :)

    P:S-Rajin-rajinlah singgah blog ni :)

    BalasPadam

Follow by Email