Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

20 November 2008

TOYODA EIJI-PENGASAS TOYOTA



Salam,lama tak letak cerita pasal mereka yang berjaya ni,jadi kali ni citer pasal pengasas kereta Toyota-Toyoda Eiji,jadi check it-out :)
























Toyoda Eiji dilahirkan pada September 1913,di dalam keluarga yang menghasilkan tekstil namun Toyoda tidak menunjukkan minat dalam bidang ini,sebaliknya menyambung pelajarannya dalam bidang kejuruteraan di Universiti Tokyo Imperial dari tahun 1933 hingga tahun 1936.


















Bapa saudara beliau,Sakichi Toyoda telah melibatkan diri dalam teknologi mereka bentuk alat tenun tekstil secara bersendirian dan menjualnya kepada sebyah syarikat di England.Keadaan ini telah memupuk minat berniaga dalam fikiran Eiji.Lalu beliau telah berbincang dengan bpa saydaranya mengenai kemungkinan mengilang kereta di Jepun.Bapa saudaranya telah bersetuju dengan idea tersebut.Sakichi terus memulakan kerja menghasilkan kereta yang dianggap setanding dengan kereta Amerika.





















Sakichi meneruskan rancangan ini bersama anak lelakinya,Kiichiro Toyoda tetapi belum sempat mereka memajukannya,Saikichi telah meninggal dunia.Untuk meneruskan impian bapanya,Kiichiro berganding tenaga bersama Eiji.



























Mereka kemudiannya sedar bahawa mereka tidak dapat meneruskan kerja mereka kerana tidak mempunyai teknologi seperti di Amerika.Oleh itu,mereka telah membeli sebuah kereta Chevrolet buatan Amerika dan megkaji enjinnya selama 7 tahun.Akhirnya mereka menghasilkan sebuah kereta seperti buatan Amerika,tetapi sebelum sempat mereka memasarkannya,berlaku perang China-Jepun dan ini telah menghalang pengeluaran kereta tersebut dan mereka kemudiannya mengalihkan perhatian terhadap pembinaan lori tentera Jepun tetapi gagal















Peristiwa pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima telah memusnahkan harapan kepada kebanyakkan penduduk Jepun tetapi tidak bagi Eiji,beliau melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi sebelum mencapai kejayaan.


















Pada tahun 1955,setelah berusaha keras dan tekun,Eiji akhirya berjaya mengeluarkan sebuah kereta Toyota Crown secara besar-besaran.Kereta ini adalah hasil penyelidikan selama 22 tahun.Orang-orang Jepun amat suka akan kereta ini dan ini mendorong Eiji untuk memasarkannya di Amerika.Beliau kemudiannya telah membentuk kereta tersebut menjadi lebih besar untuk dipadankan dengan keadaan di Amerika.Enjinnya pula telah diubahsuai untuk menjadi tidak terlalu panas walaupun selepas perjalanan jauh.


















Apabila Amerika mengalami kekurangan minyak,Eiji telah mengeluarkan sebuah kereta yang bersaiz kecil yang menggunakan minyak secara efisyen dan kereta ini telah menjadi rebutan rakyat Amerika.Kereta seperti Toyota Carona dan Carolla masih menjadi saingan hebat kepada pengeluar kereta yang lain.



























"Pesaing-pesaing kami memang hebat.Mereka mempunyai banyak wang untuk dilaburkan.Mereka dilengkapi dengan teknologi yang canggih.Kami tidak mempunyai wang mahupun teknologi tetapi kami mempunyai dorongan dan semangat untuk mendahului peasing-pesaing kami.Keadaan yang sentiasa memikirkan kemenangan inilah yang memastikan kejayaan milik kami."-Toyoda Eiji

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)