21 November 2008

TIPS-RAHSIA PERNIAGAAN INTERNET

Tiada ulasan:
 

Saya banyak juga menerima emel daripada mereka yang telah banyak mencuba buat duit di internet. Malah ada yang mengatakan mereka banyak juga tertipu dengan program SCAM.
Malah yang agak mengecewakan adalah, setiap kali saya bercakap mengenai perniagaan internet, ada yang mencelah, “eh, ni program apa ni?”.


Oh, mereka hanya tahu program sahaja.
Di luar sana, banyak program skim cepat kaya. Saya tak nak komen hal ini. Bagi saya, sendiri buat, sendirilah tanggung. Pihak kerajaan, media, pendakwah, bloggers, semua dah pesan agar jauhi program sebegini. Jadi, menjadi tanggungjawab kita lah untuk peka dan serius dengan hal-hal sebegini.



Rahsia Perniagaan Internet?



Sebenarnya, tiada rahsia di dalam perniagaan internet atau buat duit di internet. Hakikatnya apa yang perlu adalah:



1. Cara yang BETUL
2. Fokus dan terancang
3. Konsisten
4. Usaha yang RAJIN
5. Tak mudah putus asa



Rata-rata yang gagal buat duit di internet adalah bermindakan mahu wang semata-mata. Sebab itu mereka gagal. Matlamat awal dan akhir mereka, tujuan utama mereka, fikiran mereka, HANYA DUIT SEMATA-MATA.



Jadi, disebabkan mereka telah berusaha kuat dan tidak mendapat hasil, akhirnya mereka berputus-asa dan paling teruk akan menyalahkan orang lain.
Sepatutnya, mereka perlu terus belajar dan belajar, mencuba dan mencari apakah yang berkesan untuk mereka. Namun hakikatnya kebanyakan orang tidak rela melakukan semua ini. Mereka hanya mahu duit cepat. Mereka tidak mahu bersusah-susah dahulu.



Terkadang saya terfikir seketika, adakah orang zaman sekarang sudah tidak mahu berpijak di bumi nyata? Jiwa mereka yang suci telah dicemari dengan kehendak-kehendak yang merendahkan martabat dirinya sendiri yang mana Allah jadikan mereka dengan begitu sempurna.



Kalau inilah mentaliti orang-orang kita, amat susah kita mahu berganjak daripada keadaan kemunduran yang dihadapi sekarang kepada satu tahap yang lebih baik. Amat sukar..
Memanglah kita mahukan duit. Siapa yang tak mahu duit yang banyak. Saya pun nak juga. Semua orang nak.


TAPI, kita jangan utamakan fokus pada hasilnya, tapi fokuslah pada usaha yang dilakukan. Kalau kena usahanya, hasilnya pasti ada.
Usaha itu perlulah BETUL dan TERANCANG dengan baik. Saya katakan usaha yang betul kerana ramai yang buat sesuatu dengan cara yang kurang betul. Jadi bagaimana nak dapat hasilnya kan? Nak tahu cara yang tepat dan menjadi, perlulah BELAJAR.




Bila sebut belajar, hmm, tak semua orang sudi, rela dan mahu ambil masa untuk belajar. Mereka hanya tahu cepat, cepat dan cepat. Kalau boleh tak nak lah susah-susah ni.



Realiti yang mengejutkan!



90% mereka yang mahu berniaga di internet adalah kerana fikiran mereka yang kusut memikirkan masalah wang! Mereka juga ingin lari jauh daripada pekerjaan makan gaji sebab bosan dengan karenah bos dan politik pejabat!



Ya, ramai yang menghubungi saya menyatakan mereka ingin lari daripada masalah wang dan kekusutan hidup. Memang tidak salah niat tersebut.


NAMUN, jika ia dijadikan sebab utama untuk berniaga, amat sukar untuk perniagaan bertahan lama.
Kalau setakat berniaga untuk cari duit TAPI anda tidak minat berniaga, tidak mahu belajar, tidak mahu usaha kuat, kekusutan hidup akan semakin bertambah.



Apa yang betulnya adalah, perlu niat di hati melakukan perniagaan adalah kerana mahu membina sebuah perniagaan yang maju dan berjaya. Kekusutan semua itu hanyalah masalah yang akan selesai jua kelak. Jangan jadikan ia sebab utama melakukan perniagaan.





Kesimpulan



Berjaya atau gagal usaha yang dilakukan adalah bergantung kepada mentaliti kita dan gaya kita berfikir. Jika arah pemikiran kita adalah POSITIF, insyaAllah hasilnya juga positif. Jika cara kita berfikir adalah negatif, sudah tentu susah untuk dapat hasil.



Berusahalah dengan rajin, sentiasa belajar sedikit demi sedikit dan bina empayar perniagaan atau kekayaan yang anda mahukan dengan cara FOKUS kepada usaha. Bukan fokus kepada DUIT semata-mata.



Akhir kata, tukarlah cara kita berfikir kepada pemikiran yang lebih POSITIF, tenang, tidak kalut dan sentiasa berdoa dan tawakal kepada ALLAH SWT.






SUMBER:SMARTUSAHA.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH UNTUK KOMENKOMEN TERBARU

 
© 1986. Aideal Fitri - fitri1986 Malaysian Blogger