17 November 2008

5 KUNCI USAHAWAN

2 ulasan:
 

Salam,hari ni tips 5kunci usahawan-panjang tapi bermanfaat :)
Jadi check it-out



MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL



Pembaca sekelian,


Tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.



Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting. Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!).




Apabila perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda. Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukanm untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan tidak diambil oleh pesaing anda!




Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang berjaya akan sering tanya pada diri sendiri:




- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?-


Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?-


Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk mengembangkan perniagaan ini?



Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.



BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN



Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, “Go the extra mile!”.



Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.




Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan pendapatan yang diterima.



Tetapi, untuk menjadi usahawan yang berjaya, menteliti sebagai “pekerja” tidak lagi boleh disimpan.



Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih daripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada perniagaan anda.



MEMASAR DAN MENJUAL!



Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan menjual!


Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan bagi bakal-bakal usahawan.


Namun, sekiranya anda mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada statistik ini.
Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:



- Kebolehan berkomunikasi- Kebolehan merunding- Kebolehan memujuk pembeli membeli- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda




Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang tinggi. Tanpa kebolehan “menjual“, matlamat sesuatu perniagaan tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui menjual produk dan perkhidmatan anda.




Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan juga seminar komunikasi.




Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual! Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi, saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang melalui pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:




1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal, ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.



2. Komunikasi adalah penting dalam perniagaan. Namun, berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar, memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam membantu menjayakan perniagaan anda.





FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN


Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!




Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.




Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!



TIDAK PUTUS ASA MENCUBA



Pembaca sekelian,
Seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya! Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!



Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?




Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.




Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.



Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya anda mendalami ilmunya.


SUMBER:IRFAN KHAIRI.COM

2 ulasan:

  1. good info keep it up...gagal merancang akan merancang kegagalan

    BalasPadam
  2. Thanks,peminatjutawanmalaysia,
    betul gagal merancang ertinya merancang kegagalan :)semoga anda terus sukses dalam hidup

    BalasPadam

TERIMA KASIH UNTUK KOMENKOMEN TERBARU

 
© 1986. Aideal Fitri - fitri1986 Malaysian Blogger