Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

25 Februari 2020

Segmen Belajar Bahasa-Bahasa Apa nak belajar (Entri Panjang Berjela......)

Salam,aku puas fikir apa benda yang boleh menghiburkan hati aku dan juga orang lain melalui medium blog ini.Dulu aku rajin tulis tutorial untuk blog dan sebagainya tapi minat menulis kearah itu seakan menghilang sehingga blog ini pun kabur dari alam maya.Lagi pun aku bukanlah seorang blogger yang popular jadi kehilangan itu tidak dirasakan tapi tak apa aku sentiasa menganggap aku adalah blogger yang baru setiap masa,klik nuffnang untuk aku hehe.Alasan yang kukuh untuk aku sekejap menulis sekejap tidak,maafkan aku atas pengkhianatan secara sengaja ini.Pada mulanya aku bercadang untuk membuat ruangan hobi diecast sebab aku nak seimbangkan minat aku dengan diecast atau model kereta mini dengan blog tapi susah mempercayai hati aku yang rapuh bagaikan kaca ini.....maka aku terfikir untuk buat segmen belajar bahasa.Antara bahasa yang aku agak boleh untuk kita sama sama berkongsi ilmu adalah bahasa melayu,bahasa inggeris,sabah,arab dan mandarin.Kesemua bahasa ini aku mempunyai rakan yang boleh sama sama mengajar disini....bahasa melayu tu mungkin lebih kepada pengenalan kepada bahasa yang kita jarang dengar atau pun loghat bagi setiap negeri tapi rasanya sudah ada banyak blogger yangg buat,jadi aku mungkin akan lebih mendekatkan kepada penggunaannya(bukan loghat) dalam sajak jadi boleh la kita buat sajak yang acah2 deep gitu hahaha.

Antara bahasa yang aku rasa aku boleh ajar sesikit antaranya adalah bahasa Inggeris dan Mandarin.Walaupun MUET yang pernah ambil dahulu sekadar 4 sahaja tapi sekurang-kurangnya aku yakin atas keupayaan aku untuk membaca dan membentuk perkataan inggeris yang mudah,mungkin penggunaan grammar kita boleh sama sama perbaiki,jadi aku boleh jadi guru dan pelajar dalam masa yang sama.Bahasa cina dan Arab,aku mempunyai kawan yang sememangnya boleh menolong aku,sebab seorang dari sekolah cina dan seorang lagi memamg pernah belajar sampai Mesir.Aku tak boleh bercakap dalam bahasa arab,tahu sikit2 saja tu pun masa belajar dekat sekolah agama dulu,kalau tulisan jawi memang aku boleh ;).

Tapi aku bukanlah ingin menulis semua maka timbullah entri yang sebenarnya membawa satu persoalan.....segmen belajar bahasa apa yang patut aku tulis yang aku rasa dapat aku teruskan.Aku ingin menulis segmen belajar bahasa Mandarin dan berharap ada juga yang sudi mengajar aku.Mandarin ini menggunakan penggunaan simbol,dan sebutan pinyin.(bunyi sebutan).Aku sekadar ingin menulis untuk mencari ilmu,mengisi masa lapang dan juga buatkan blog ini ada sesuatu untuk diisi.Aku bukanlah mengejar populariti,aku mencari suatu kualiti agar masa itu dapat betul2 aku hargai......jadi segmen apa patut aku buat tanya aku pada diri sendiri.......Entahlah mungkin ini lagi satu hasil fikiran dari hati aku yang rapuh bagaikan kaca...cantik dipandang tapi andai pecah berderai....sudah lagi tak dipedulikan......sila klik nuffnang..

1 ulasan :

Assalamualaikum Tuan Fitri, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)