Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

20 Januari 2015

Watak2 kartun gila duit

Kirimaro dari siri animasi Ninja Boy

Anak yatim piatu yang kehilangan keluarga dan rumah semasa perang,dan sekarang bergantung hidup dengan melakukan pelbagai kerja sambilan.Tinggal bersama Cikgu Doi.Minat utama adalah terlalu obses dengan aktiviti mencari duit dan sampai pantang dengar perkataan duit.Gelagat Kirimaro yang terlalu obses dengan duit sampai mata pun jadi duit sangat melucukan.Bunyi duit jatuh punya jauh pun dia boleh dengar.Siri animasi Ninja Boy adalah bercorak komedi

Mail dari siri animasi Upin Ipin

Mail yang terkenal dengan trademark 2 seringgit.Budak berotak bisnes.Apa saja yang boleh buat duit,dia akan buat sehinggakan buku sekolah dia pun dia nak jual.Malah tidak takut berurusan dengan orang asing dan mahir dengan pertukaran nilai harga dollar dengan ringgit Malaysia.Siri animasi Upin Ipin adalah bercorak komedi dan informatif

Hagemaru dari siri animasi Tsurupika Hagemaru(Hagemaru Si Botak)
Hagemaru dan keluarga dia adalah sangat kedekut dan akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan duit mereka dan akan melakukan apa saja cara yang boleh untuk mencari duit.Siri animasi Tsurupika Hagemaru adalah bercorak komedi,yang kadangkala sukar difahami,mungkin disebabkan terjemahan kiasan bahasa jepun ke bahasa Melayu.Mungkin.....

Scrooge McDuck (Donald Duck)

Mr Krab(Spongebob Squarepants)

Mr Krab adalah ahli perniagaan yang sangat tamak dan kedekut.Minat utama adalah duit dan dia sebenarnya tak peduli pun akan pelanggan,pekerja,keluarga malah diri dia sendiri asalkan dia dapat duit.Slogan Mr Krab bukanlah pelanggan selalu betul tapi Duit selalu betul.Ketamakannya terhadap duit adalah disebabkan semasa kecil,Mr Krab adalah sangat miskin dan sebelum dia berjaya dengan perniagaan,Mr Krab telah melalui berbagai kesukaran.Nasib Mr Krab berubah apabila dia membeli rumah persaraan yang muflis dan menukarkannya kepada sebuah restoran.Rumah itu yang bernama Rusty Krab ditukar kepada restoran Krusty Krab

3 ulasan

tataulak Hagemaru suka duit.. ahaha XD
tapi kalau sebut pasal kartun yg gila duit teringat dekat Mr. Crab lagi.. ahahaha..

Ha'ah gak kan.. Kirimaro tuh kalau pasal duit.. even duit syiling pun dia kutip ahaha..
kalau Mr.Duck ingat lagi.. dia selalu berenang dengan duit dia ahahahaha..

Reply

Haha,layan eh semua kartun tu.Masa bebudak dulu selalu jelez tengok kartun donald duck yang berenang dengan duit tu.Kirimaro tu rajin benau mencari duit^^

Reply

ha'ah.. Misaki layan semua kartun yg best2.. cuma spongebob kurang sikit.. sbb Spongebob kadang2 annoying ahahaha.. rasa nak hempuk2 je.. XD (petang semalam tgok penguin madagascar bersiri, kelakar.. ahahahaha...)

ahahaha.. tatau camna dia berenang.. tapi duit dia.. mmg perghhh.. terbaik XD
suka cita tuh sbb kelakar sangat.. ahahaha.. kirimaro lah watak faveret pun dgn hemo-hemo ahahaha XD oh oh satu lagi cikgu dia XD pfttt :-)

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)