Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

01 Disember 2010

Terumbu Karang





Maldives Coral Islands/Pulau Karang Maldives
Dengan 26 atol(pulau cincin) semulajadi atau kumpulan pulau karang,Maldives ni,adalah sebahagian lingkungan gunung bawah air yang termasuk Pulau Lakshadweep dan Pulau Chagos.Terumbu karang dan atol yang membentuk pulau ni,telah membesar dan disekeliling puncak lingkungan gunung bawah air ini

Great Barrier Reef
'Great Barrier Reef' adalah sistem terumbu terbesar di dunia,tergabung lebih dari 2,900 terumbu tersendiri dan 900 pulau dipanjangkan kepada 2,600 kilometer melalui kawasan beranggaran 344,400 kilometer persegi.Terumbu ini terletak di Coral Sea(Pulau Karang)di pantai  Queensland timur laut Australia.'Great Barrier Reef' menyokong pelbagai jenis kehidupan,termasuk spesis terancam,yang mana segelintir mungkin endemik(yang lazimnya terdapat) kepada sistem terumbu

Jarvis Island/Pulau Jarvis
 Sebuah pulau karang adalah terhasil disebabkan atol yang mana lagun(danau) telah kering dan diisi dengan pasir karang.Tahap ini adalah yang terakhir bagi kitaran hidup sebuah pulau,yang mana mula-mula adalah menjadi 'volcanic'(berkaitan gunung berapi) dan kedua menjadi sebuah atol.Kebanyakan pulau karang adalah di lautan Pasifik.Di kawasan Amerika iaitu Pulau Jarvis adalah contoh terbaik bagi Pulau Karang

Belize Barrier Reef 
 'Belize Barrier Reef' adalah sebuah rangkaian terumbu karang di pantai Belize,secara kasar 300 meter dari tebing laut di utara dan diselatan bersamaan dengan batas negeri.Ianya bersambung dari Cancun di hujung timur laut Semenanjung Yucatan melalui Riviera Maya dari tebing laut Guatemala,membuatkannya sebagai sistem terumbu karang kedua terbesar di dunia selepas Great Barrier Reef di Australia,terkenal untuk 'skuba diving' dan 'snorkeling'

Andros, Bahamas Barrier Reef
 Pulau Andros mempunyai terumbu pelindung ketiga terbesar di dunia yang mana 140batu(230km)panjang.Ianya dikenali oleh orang Bahamas sebagai "Big Yard"/Halaman Besar

Red Sea Coral Reef/Terumbu Karang Laut Merah
Terumbu Laut Merah merupakan contoh kepelbagaian terumbu karang,merupakan rumah kepada lebih dari 200 karang lembut dan keras.

 Pulley Ridge
'Pulley Ridge' adalah terumbu karang di pantai barat daya Florida,United States.Pulley Ridge merupakan terumbu karang paling dalam di tebing pantai benua United States.

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)