Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

06 April 2009

Hidup Dalam Kekurangan Wang

Apakah yang akan semakin bertambah dan tidak akan berkurangan?. Selain dari umur anda, harga barangan dan perkhidmatan kemungkinan jawapannya.

Kebelakangan ini, ramai yang merunggut berkenaan kenaikan harga makanan dan harga petrol di pasaran dunia. Dengan kenaikan harga barangan berbanding dengan sumber pendapatan yang tidak makin bertambah, adalah penting untuk kita mempelajari bagaimana untuk menangani keadaan ini dengan lebih cermat.

Apa yang dimaksudkan lebih cermat

Kita kemungkinan tidak gemar untuk lebih cermat pada kehidupan harian kita, tetapi kita akan perlu bercermat pada masa kini dan juga pada masa akan datang. Jika kita tanya pada nenek moyang kita kepada perkara ini, mereka akan mengatakan bahawa cara hidup mereka pada masa lalu bersangkut paut dengan perkataan ini.

Kehidupan manusia pada masakini yang dapat memiliki pendapatan yang lebih baik berbanding dengan nenek moyang mereka tetapi ada kalanya kita selalu kekurangan wang, jika begini bagaimana untuk menyimpan.

Ini tidaklah memeranjatkan kerana pada masa dahulu anda boleh membeli semangkuk mee dengan berharga 5 sen padahal pada masa kini sekiranya anda memberi 5 sen tersebut peminta sedekah, beliau akan merunggut malah mengeji anda.

Untuk bercermat atau berjimat, bermakna mengurus untuk menyimpan. Mereka yang bercermat selalunya dapat mencari jalan untuk menjimatkan masa, wang dan tenaga. Walau bagaimanapun untuk berjimat tidaklah bermaksud untuk menjadi seorang yang kedekut.

Bagaimana saya dapat mengamalkan berjimat

Terdapat pelbagai cara untuk hidup di dalam serba kekurangan wang dan di bawah ini beberapa cadangan yang dapat membantu anda:-

Kurangkan perbelanjaan harian anda.
Sebelum membeli sesuatu, tanya pada diri anda :

Perlukah saya membelinya
Bolehkan saya membelinya pada harga lebih murah di tempat lain
Bolehkah saya mendapatnya dengan percuma
Kurangkan pembayaraan yang besar dari budget anda
Keluar tanpa mengunakan kereta dan berjimat pada kegunaan petrol, penyelenggaraan, cukai jalan dan tol atau jika boleh, cuba tukar jenis kenderaan kepada yang berinjin kecil yang menggunakan kurang petrol.

Kurangkan penggunaan
Matikan suis lampu apabila tidak perlukan dan tukar kepada mentol lampu jenis jimat kuasa (energy-saving bulp). Kurangkan penggunaan alat penghawa dingin, membasuh pada muatan yang penuh dan pengeringan pakaian di luar rumah. (daripada menggunakan alat pengeringan pakaian) dan matikan suis perkakas elektrik apabila tidak digunakan.

Kurangkan bahan buangan
Gunakan kedua-dua belah muka kertas apabila mencetak (kearah penggunaan kurang kertas, apabila perlu) dan gunakan kain lampin dari penggunaan lampin pakai buang.

Guna semula atau kitar semula
Kumpul apa juga bahan buangan (mungkin boleh diguna semula untuk kegunaan penanaman sayur-sayuran), berkebun dan tukar bahan buangan kepada wang tunai (kitar semula).

Lanjutkan usia barangan
Ubahsuai pakaian sediaada, gam semula kasut yang tertanggal dan cuba baiki sebelum perlu dibaiki.

Memperbaharui barangan lama
Cat semula perabut yang lama, buat cadar atau selimut dari pakaian lama dan tukarkan meja makan lama kepada meja kerja seperti meja komputer anda. Dalam perkataan yang lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula.

Cari pengganti yang lebih murah
Beli jenama umum bukan yang berjenama, membeli-belah di pasar malam, menyewa daripada membeli.

Anda juga boleh berjimat dengan mengambi kira keperluan anda dengan cara yang kreativ seperti berkongsi dengan orang lain (adik-beradik, jiran, kawan sepejabat dll). Di sini terdapat beberapa cara yang lain untuk berjimat :

Cari hiburan percuma atau yang murah
Berkongsi pada pembelian yang besar
Berkongsi dapat membantu anda untuk memiliki sesuatu pada harga yang murah. Sebagai contoh, anda boleh berkongsi tangga lipat, alat penggerudi (drill) dan malah alat pembersih hampagas dengan jiran anda.

Anda juga boleh berkongsi banyak alat permainan kanak-kanak dengan kawan atau ahli keluarga dan menumpang kereta juga satu contoh yang baik jika ada kesesuaian.

Bertukar barangan atau perkhidmatan

Ya, kita hidup di dunia moden tetapi siapa kata kita tidak boleh mengamalkan system pertukaran (barter).

Sebenarnya anda boleh memperdagangkan atau bertukar berbagai jenis perkara. Jika anda mahir sebagai pengunting rambut dan rakan anda pula mahir di dalam membakar kek, niagakan skil anda. Anda dan jiran anda dapat saling membantu dan juga dapat berjimat. Fikirkan apakah kemahiran anda, fikirkan perkara-perkara yang anda gemari dan fikirkan apakah perkara yang mahir boleh anda lakukan. Kemudia fikirkan apakah kemahiran dan bakat jiran-jiran, rakan-rakan dan keluarga anda.

Cuba perhatikan jika ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan anda dan mahu bertukar-tukar perkhidmatan masing-masing. Mulakan dengan perkara yang mudah dahulu dan lihat bagaimana ia akan berkesan kepada anda.

Bagaimana boleh saya berjimat pada hiburan?

Di sinilah salah satu perkara atau tempat yang anda berbelanja dengan banyak tanpa anda sedari. Walau bagaimanapun, ia kemungkinan boleh diperolehi dengan percuma atau hampir percuma.

Disebabkan anda mahu berjimat, tidaklah bermaksud anda tidak boleh berhibur. Tidak kira banyak manakah pendapatan anda, ambil masa untuk bersantai dan berseronok. Ia kemungkinan lebih penting jika anda kekurangan kewangan. Tanpa berseronok, adalah sukar untuk mencapai kehidupan yang sihat. Di sini terdapat beberapa cadangan kepada anda untuk berhibur :

1)Meminjam buku atau hadiri seminar/program secara percuma dari perpustakaan awam.

2)Menyewa DVD dan cuba membuat makanan ringan sendiri apabila menontonnya daripada pergi menonton di panggung.

3)Melawat ke muzium, zoo atau menikmati udara segar di taman berhampiran tempat tinggal anda.

4)Ikuti secara percuma konsert, program kanak-kanak dan aktiviti kekeluargaan dari akhbar atau melalui pusat atau laman web penerangan pelancongan.

5)Ambil bahagian kelas-kelas yang murah yurannya dari pusat pendidikan kemasyarakatan dan pelajari kemahiran yang baru atau meningkatkkan lagi kemahiran anda. Anda boleh juga menjadikan hobi anda seperti melukis, mengukir dll bertukar menjadi sumber pendapatan sampingan anda.

6)Menghadiri pembacaan buku percuma di gedung buku atau perpustakaan.

7)Bersiar, mendaki bukit atau berbasikal untuk menerokka tempat baru atau melawat tempat kegemaran bersama seisi keluarga.

8)Melihat matahari terbenam atau terbit, meneliti bintang-bintang di langit malam, atau membuat riadah bersama keluarga, seperti berkebun buah-buahan (dapat berjimat dari membeli buah-buahan).

9)Satu lagi aktiviti yang menarik yang boleh dicuba adalah ”memerhati gelagat orang”. Apabila berada di taman atau komplek membeli-belah, cuba perhatikan gelagat orang, bagaimana mereka berjalan, berbual dan ketawa dan perhatikan bagaimana para ibubapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka. Tentu ada yang menarik dan menghiburkan anda dengan percuma tanpa mengeluarkan perbelanjaan langsung.

Kesimpulan

Hidup di dalam kekurangan kewangan tidak bermakna hidup di dalam serba kekurangan. Ia lebih kepada cara kehidupan kita yang bersebab dan tidak semata-mata untuk kehidupan yang lain.

Menjadi seorang yang berjimat untuk segala segi dan perkara di dalam kehidupan adalah batu asas unuk kearah menuju pembangunan kesenangan.

Jika anda berharap untuk menjadi bebas dari beban kewangan satu hari nanti, anda perlulah mempunyai pengurusan kewangan yang menjimatkan sepanjang kehidupan anda, tidak kira dimanakah atau status sumber pendapatan anda.

NST, May 25, 2008 – Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)