TIPS MEMULAKAN BISNES SENDIRI+3 LANGKAH ASAS BAGI KAYA

Bagaimana dan di manakah produk yang baik boleh diperolehi?
Ada beberapa cara untuk mendapatkan produk iaitu:
[1] Beli daripada pemborong dengan harga murah dan jual di internet.
[2] Cipta produk sendiri.
[3] Jual produk orang lain dan dapat komisyen.
Produk nombor 1 biasanya memerlukan anda memiliki lesen perniagaan barulah boleh membeli produk daripada pembekal pada harga yang murah.
Produk nombor 2 sangat mudah, contohnya jika anda pandai menjahit pakaian, ciptalah beberapa design dan jual di internet pada harga murah. Anda juga boleh menulis tips dan petua kesihatan, kewangan, atau apa sahaja dan jadikan ia sebagai produk ebook anda.
Produk nombor 3 ialah menjadi ejen jualan atau affiliate.Sebagai contoh, anda telah mendaftar sebagai ahli affiliate di laman web orang lain. Jika anda mempromosikan produk affiliate anda di blog dan website, anda akan dibayar untuk setiap jualan yang berjaya dibuat melalui link affiliate anda.
Ketiga-tiga cara mendapatkan produk ini boleh membantu anda memulakan langkah pertama perniagaan internet anda. Apa yang anda perlu lakukansekarang ialah, dapatkan produk anda untuk dijual di internet!
Semoga tips ini dapat membantu anda dalam perniagaan internet.
Jumpa lagi Insyallah.
Post a Comment:
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.