Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

14 November 2008

TIPS-CARA MENANGANI MASALAH KEWANGAN


Salam,hari ni blog akan letak satu lagi tips untuk dikongsi bersama,CARA MENANGANI MASALAH KEWANGAN


Dan kalau ada yang membaca artikel ni dan nak mencadangkan tips2 lain untuk dikongsikan serta laman web yang boleh dilawati bolehlah tinggalkannya di ruangan komen :)



1) Memiliki Dana Kecemasan Yang Mencukupi.


Untuk mencari pekerjaan baru setelah diberhentikan kerja bukanlah sesuatu yang mudah pada hari ini. Hari ini diberhentikan kerja, esok dah boleh dapat kerja baru di tempat lain… ia tidak semudah itu.


Selalunya ia akan mengambil masa antara 1-3 bulan untuk anda mendapatkan pekerjaan yang baru. Pada waktu-waktu begini, dana kecemasan menjadi sangat penting.



2) Memiliki Lebih dari satu punca pendapatan



Kebanyakkan orang hanya memiliki satu sahaja punca pendapatan, iaitu pekerjaan mereka. Jika sesuatu ancaman berlaku terhadap punca rezeki mereka yang satu ini seperti ,
dipecat kerana masalah disiplin diri
dibuang kerja kerana faktor pengurangan kos oleh pihak majikan,
dianiaya dan akhirnya dipecat akibat bahana politik pejabat
ditangkap dan dipecat kerana aktiviti salahlaku seperti, rasuah, penyalahgunaan kuasa , bunuh dan liwat


Maka, mereka akan terkapai-kapai dan kedudukan kewangan mereka akan berada pada tahap yang bahaya. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda mempunyai pelbagai punca pendapatan di dalam hidup anda. Jangan terlalu bergantung kepada satu punca pendapatan (kerja makan gaji).



3) Mempunyai perlindungan kewangan yang mencukupi


Hidup ini tidak selalu cerah! Ada masa kita sihat dan ada masa kita sakit. Ada masanya kita gembira dan ada masanya kita bersedih. .


Rumah terbakar, kereta hilang, anak sakit, kemalangan jalan raya, masuk hospital, adalah beberapa contoh risiko dalam kehidupan yang bukan sahaja menganggu emosi dan fizikal, tetapi, turut juga menganggu kedudukan kewangan.


Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia dan menyediakan payung sebelum hujan. Insuran & takaful, adalah merupakan “alat” yang terbaik untuk menjadi “payung” bagi kedudukan kewangan kita. Walaupun payung itu tidaklah dapat menjamin kita sepenuhnya untuk tidak “basah” langsung , tapi sekurang-kurangnya, payung itu boleh mengelakkan kita dari basah kuyup (orang utara kata basah lencun kot?).



Jadi… mari kita sama-sama fikir-fikirkan, jika hari ini tiba-tiba syarikat tempat saya bekerja menutup operasinya dan saya dibuang kerja, bolehkah kewangan saya “survive”?
Bagi yang bekerja & berniaga sendiri, jika hari ini tiba-tiba perniagaan anda “bungkus” adakah kewangan anda masih boleh survive?



Akhir kata, simpan duit banyak-banyak, buat kerja/perniagaan part time (bagi makan gaji) , pelbagaikan cabang perniagaan (bagi yg berniaga) , buat sedikit pelaburan (hartanah & saham, bukannya skim cepat kaya, atau pelaburan internet) dan akhir sekali, jangan lupa beli insuran.

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)