Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

17 November 2008

7 CARA BISNES ORANG CINA


Salam,artikel kali ni cerita pasal bisnes cara orang Cina-macammana diorang boleh kaya bila bisnes,Check it-out
Prinsip-prinsip orang cina:




1. Jika mahu lebih berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin.







- Aku selalu cakap macam ni kat ahli group aku… ” kalau buat macam saya, anda akan dapat seperti saya dapat. Kalau nak dapat lebih dari apa yang saya dapat, usaha kena lebih berbanding saya buat”.







2. Persepsi orang cina pada perniagaan adalah positif. Dunia niaga adalah dunia yang menjanjikan kemewahan, kesenangan dan kebahagiaan.







- “Ko Mamat bila dah keluar U, kena kerja kerajaan..hujung bulan ada jaminan dapat gaji.” - Pemikiran orang melayu lama.







3. Keuntungan yang diperolehi sebaik-baiknya bukan untuk dibelanjakan tetapi digunakan untuk menambahkan modal pusingan dan pelaburan semula.







- “Alaa…dengan geng pun nak ambik untung. Jual dengan harga modal jer lah bro..”- member2 yang nak lihat gengnya gulung tikar cepat.







4. Orang cina yakin dengan perniagaan mereka, sentiasa konsisten untuk membangunkannya dan saling membantu antara satu sama lain.







- “Eh..jangan join syarikat ni. Ini syarikat Bumiputera. tak kukuh ni…esok lusa rebah la”.
5. Apabila orang cina kata hendak berniaga, mereka biasanya tidak berfikir panjang bagi melakukannya. Pengalaman dan kemahiran tidak penting kerana ia boleh dipelajari kemudian.







- “aku tak pandai la…aku tak de duit la… ko buat la dulu. Kalau ko berjaya nanti aku join la.” Bila lihat orang dah berjaya, “xpe la..dah rezeki engko..”







6. Kebanyakkan usahawan cina yang berjaya bekerja sekurang-kurangnya 18 jam sehari.




- Cukup la pergi kerja pukul 8am , balik kul 5…







7. Menjadi taukey dan memiliki perniagaan sendiri sentiasa menjadi idaman orang cina.







- “Cukup la jadi supervisor. Jadi manager kena pikir itu ini..pening..













Ermm..aku rasa cukup lah 7 saja aku tulis kat sini. Banyak lagi sebenarnya… Ada orang tak setuju ke? Kesimpulannya, setiap kejayaan itu memerlukan usaha keras, kesungguhan, keberanian, keyakinan, perancangan, keringat dan air mata serta pengorbanan yang bukannnya sedikit.
“Bekerjalah seumpama kamu hidup selama-lamanya. Beribadatlah seolah-olah kamu akan meninggal esoknya.”

3 ulasan

bagus saudara mungkin kita boleh berkongsi pendapat tentang ini dan disamping berkongsi maklumat dan strategi bagi membangunkan perniagaan kita bersama...insyallah

Reply

Terima kasih,kerana sudi memberi komen,saya amat berbesar hati sekiranya dapat bertukar2 ilmu dan pandangan dengan sesiapa sahaja :)

Reply

Thanks penawarisan,mudah-mudahan anda juga mencapai impian anda,dan kalau ada kawan yang minat blog camni rekemenkanlah blog saya ni yer :)

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)