30 Julai 2012

Katil Yang Unik

Katil Hamburger

Kayla membeli tilam dan membuat segalanya sendiri kecuali bantal cip jeruk yang diterima dari kawan.Katil ini 8' diameter dan berukuran 3' tinggi.Dalam pandangan Kayla,katil ini merupakan katil paling selesa yang pernah dia miliki.

Katil Kanopi Enigum oleh Joseph Walsh

Joseph mereka katil yang bergaya ini untuk koleksi 'Formasi' dan ideanya adalah untuk memberikan persekitaran semulajadi di kamar diukir dari kayu dan seperti dia impikan ,katil ini kelihatan bergaya dengan ukiran yang berseni

Katil Fantasy Coach

Katil ini merupakan katil kanak kanak yang luar biasa.Buatan tangan di England dari kayu dan gentian kaca,ukuran rekaan dalaman berbentuk bulatan hanya lebih 6 kaki dalam diameter.Pembinaan dan masa penghantaran pada kepingan ini adalah lebih 6 bulan.Bagaikan sebuah cerita fantasi

Katil Mewah Cosmovoide

Dicampur dengan elemen katil tradisional,katil Cosmovoide merupakan contoh kraftangan Perancis dan katil berbentuk telur kontemporari ada dua tilam yang padan dengan postur badan.Bersama dengan keselesaan,ia dilengkapi 'home theater',dan TV yang dipasang dihadapan mata anda,apabila anda berbaring,telefon dan cahaya LED diatas kepala

Katil Sarang Burung oleh arkitek O*GE

Berbentuk bulat,katil ini direka dalam tiga saiz dengan ukuran terbesar 14.8kaki dalam diameter.Bantal mewah membantu anda menyesuaikan posisi melintang dan menegak dan memyediakan ruang sehingga 16 orang

Katil Private Cloud

Katil ini kelihatan seperti kerusi goyang gergasi,boleh dianggap katil goyang.Katil ini memerlukan lebih ruang dari katil biasa.

Katil Zip

Syarikat pereka perabot Itali Florida mereka katil yang sesuai bagi pagi dimana anda hanya mahu mengambil secawan kopi dan bergegas keluar.Apa yang perlu anda buat hanyalah keluar dan zipkannya-tak perlu lagi mengemas katil di waktu pagi,di waktu malam,buka zip dan sambung tidur.Korang boleh juga zipkan diri korang didalam katil

Katil Yin Yang

Direka oleh pereka Itali Alessio Pappa.

Katil Buku

Untuk menyelesaikan isu kekurangan ruang oleh keluarga di Jepun,fotografer dan pereka,Yusuke Suzuki mereka katil 'lipat' dalam bentuk buku.Apabila katil buku dibuka,mukanya berfungsi sebagai selimut dan bantal.

Katil Terapung Magnetik

Menggunakan kuasa tenaga magnet yang membolehkannya terapung,katil yang berskala penuh boleh menampung 900 kg berat manakala katil yang kecil boleh menampung 80kg berat

Katil Sosia

Mengandungi dua kerusi yang boleh digabung bersama membentuk katil,dipisahkan kepada dua kerusi atau dibalut dengan pelindung tambahan untuk membentuk ruang peribadi didalam bilik yang luas.

Katil Pokok

Katil kontemporari yang unik oleh Tiina Anttila dari ANtila Designs.Katil ini merupakan buatan tangan.Tiang katil yang berbentuk pokok adalah dari potongan laser kepada bentuk pokok

Katil Col-Letto

Direka oleh syarikat pembuat perabot Itali,Lago.Katil ini sangat selesa,kerana anda boleh tidur dibalut dengan pelindung bunyi dan visual yang terdapar pada tilam.

2 ulasan:

Follow by Email