Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

15 November 2011

Rak Unik

1.SistemPenyimpanan Tersembunyi Dibawah Tangga
Syarikat Chiswick telah menyiapkan projek menarik iaitu unit penyimpan yang boleh ditarik dari bawah tangga.Korang memiliki empat loker berbeza dan setiap darinya boleh diakses secara individu.Setiap darinya memiliki ciri penyelesaian,untuk objek yang terkecil dan juga objek yang besar,pakaian,kasut dan apa apa jela.Mekanisme untuk menariknya,sangat ringkas,dengan ini semua orang mempunyai akses untuk setiap barang yang disimpan dalam tangga.

2.Rak Buku Mimpi

Rak Buku Mimpi sangat sesuai untuk mereka yang sukakan persekitaran kreatif.Studio Rekaan Dripta merancang untuk mengeluarkan rak buku kayu dan gentian kaca tahun depan.Cara yang terbaik untuk menyusun koleksi buku korang diatas katil atau sofa

3.Rak Taip/Typeshelf oleh Ufuk Keskin
Rak yang kreatif ini dipanggil Typeshelf yang dengan mudahnya merubah objek 2D kepada produk 3D yang berfungsi.Pereka Ufuk Keskin mereka seluruh siri objek yang dipanggil Objek Rata untuk Rekaan Kreatif 35 dan rak ini adalah sebahagian darinya.Typeshelf membawa typografi ke dalam rekaan produk menggunakan perkataan sebagai objek.

4.Rak Berkembar
Rak berkembar ini mempunyai pecahan bahagian dalaman yang menarik

5.Rak Muka
Rak Muka oleh Alexi Mccarthy dan merupakan unit penyimpanan buku dan objek kecil lain yang menarik.Ideanya adalah bergantung kepada apa yang korang letak dalam rak,korang boleh mereka rupa dan ekspresi berbeza.

6.Kabinet Wha
Kalau korang mencari kabinet yang berbeza,kabinet Wha semestinya yang korang cari.Direka oleh Tembolat Gugkaev,kabiner ini sangat versatil dan juga berfungsi sebagai lampu.Masa siang,ia kabinet,masa malam plak ia adalah lampu.

7.Rak Dinding Houndstooh
Sekadar konsep untuk pertandingan rekaan FLY tetapi dirancang dengan teliti bagaimana untuk menjadikannya barang ekologi dan dijual pada harga yang rendah.Unit ini didatangkan dengan dua warna.Setiap bahagian digantung mengunakan hanya dua skrew.

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)