Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

19 April 2010

Koleksi Puisi

Tajuk:Rahsia Di Sebalik Raut Wajahmu

Hasil karya : Alam@Insan Sepi
Tarikh buat : 22hb Julai 2005,
No. ahli :003

Di sebalik raut wajahmu
Ku lihat seribu duka ku
Yang membayangi kutiada erti bagimu

Ku cuba melemparkan senyuman ke raut wajahmu
Ikhlas khas hanya buat mu
Sekadar pengubat luka
Menguji sedalam mana keikhlasanmu

Namun senyumanku hanyalah senyuman tawar
Hnayalah senyuman murah jauh disudut hatimu
Jika dibandingkan senyuman emas permata
Insan yang kau sayangi
Senyumanmu hanyalah mainan semata
Senyuman paksa hanya manis pada bibir
Namun jauh di sudut hatimu terpalit
Seribu kebencian

Adakalanya pandanganmu hanya sekilas pandangan
Membayangkan kutiada harga buat dirimu

Ku cuba mendekati selangkah ke arahmu
Namun kau mundur selangkah jauh meninggalkanku
Membuktikan kau membenci diriku
Ku sedar siapa diriku...

Kini ku sedar
Tiada gunanya menagih simpati
Mengharap sesuatu yang bukan milikku
Ku akan berpijak di bumi nyata
Ku tidak akan melihat dunia ini lagi dengan mata tempurung
Sebaliknya akan ku lihat dunia ini dengan mata burung
***********************************

Bumi Hitam Bertuah


Hasil karya : Miji@ATZA
Tarikh buat : 2008
No. ahli :002

KEJAYAAN DI AFRIKA
TIADA TUMPAH DARAH
TIADA MAKSUD KEBULURAN
HANYA GAH KEKENYANGAN
BIARLAH PRESIDEN BERALIH ARAH
KE NEGARA YANG MEMENTINGKAN ASABIAH

BIAR MEREKA PANDU MEREKA
DENGAN CERITA YANG KITA REKA
KONONNYA MEREKA PEMBAWA BAHAGIA
DI SANA MEREKA MENEMPA NAMA
DI SINI MEREKA MEMBUANG LUDAH
DAN MENCIPTA SEJARAH
SESUDAH KEJAYAAN DI AFRIKA
*****************************
Peluh Perumahan

Hasil karya : Din@Pak Din
Tarikh buat : 2005
No. ahli :004

Dingin subuh yang menusuk tulang,
Meneguk kopi embun semalam,
Mengutip sisa,nasi digoreng,

Setelah perut di sisi rezeki,
Pasir ditapis,batu dijunjung,
Simen dibaris,

Panorama sisa hidupku teruskan,
Hingga cahaya panas bedering,
Peluh perumahan ku mencurah keluar,
Disapu penuh kekasaran, Daki bertaburan dikain kerja,
Kerana aku terasa siksa,

Berhenti kerja mencari meja,
Menjamu selera senafas sahaja,
Meneguk air sebelanga,

Kumandi kusabun di atas tanah,
Air yang mengalir kurasa segar,
Lalu kusujud menghadapnya,
Kuberdoa kepada ilahi,
Merubah peluhku menjadi kering,

Ku ingin sekali duduk di bilik,
Ku ingin sekali ditiup penghawa dingin,
Tetapi hanya angan menjadi impian,

Senario perumahan bermula,
Sehingga cahaya ilahi terpadam semula,
Ku rasa ia mungkin tidak berubah,
Kerana kemalasan dulu menimpa,
Menjadikan aku mengundang,
Peluh perumahan.
**********************
Seribu Mimpi

Hasil karya : Fitri@Aideal Fit3
Tarikh buat : 23 September 2005
No. ahli :001

Adakah mimpi yang datang itu palsu
Tapi kenapa ianya begitu indah
Dan bagaikan semalam
Nostalgianya benar-benar terasa

Mimpi yang hadir itu
Sering kali menerasuki minda
Agar percaya ianya nyata

Kini keindahannya bertukar ngeri
Membuatkan diri ini
Tidak lagi menanti kehadiran malam
Yang memaksa roh meninggalkan sebentar
Jasad yang sedang terlantar

Seribu mimpi yang datang
Mengundahkan hati di dalam tenang
Yang diselaputi kabur bayang-bayang
Gelap di dalam terang

Mungkinkah ia membawa khabar gembira
Atau sekadar menambah garis luka
Yang hadir di dalam lena
Di kala malam mula menjelma

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)