Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

31 Disember 2009

10 Tips Perniagaan Internet Sempena 2010.

MIJI,
Di sini saya ingin kongsikan 10 tips untuk anda lakukan sepanjang
2010.Semoga tips-tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

1. Belajar membina minisite/website/blog bagi tujuan jualan.Tak kira
sama ada yang berbayar atau percuma.

2. Kumpul senarai email dan pilih autoresponder yang terbaik.Ini sangat
penting untuk pemasaran email

3. Rajin bertanya di forum perniagaan internet.Saya sarankan kepada
yang baru untuk sertai forum wangcyber.com

4. Jika anda ada perniagaan offline,kembangkan pemasarannya kepada
online.Ramai peniaga offline seperti penjual tudung dan pakaian telah
berjaya mendapat keuntungan berlipat kali ganda setelah memasarkannya
melalui internet.

5. Gunakan laman web mudah.my sebagai medium pemasaran produk fizikal,
hartanah,automotif dan lain-lain produk yang sesuai.Keberkesanannya
telah terbukti.

6. Jangan mudah terjebak atau terpedaya melalui penipuan di internet.
Gunakan enjin carian seperti Google dan Yahoo untuk selidik dan siasat.

7. Kaji teknik usahawan internet yang berjaya dan aplikasikan teknik
yang mereka lakukan.

8. Jangan bertangguh.Untuk mengatasi masalah ini memang memerlukan
disiplin yang cukup tinggi.Lakukan perancangan masa dan berdisplin
untuk ikut perancangan tersebut.

9. Dapatkan seorang mentor yang boleh membimbing anda.Tunjukkan
komitmen anda untuk berjaya dan jangan hanya minta disuapkan ilmu
dari mereka sahaja.

10. Melabur.Jangan berkira untuk melabur untuk mengembangkan
perniagan internet anda.Money makes money.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat
kepada anda semua menjelang tahun 2010.

Selamat Tahun Baru & Selamat Berjaya!





www.AspirasiCyber.com, Jalan Duta , Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur 51200, Malaysia

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)