Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

09 Mac 2009

Trend Pengguna dan Pembeli Internet Pada Zaman Krisis Ekonomi

Sebagaimana yang kita dengar dan lihat di kaca TV dan di internet sekarang, krisis ekonomi global sedang melanda dan banyak negara yang sudah terjejas, termasuk Singapura, Amerika dan negara-negara Eropah.

Ini pasti akan menjejaskan pendapatan internet anda MUNGKIN dari segi:

1. Kurang orang melayari internet kerana lebih menumpukan perhatian mencari rezeki di luar kerana mungkin mereka kehilangan pekerjaan dan terpaksa mengurangkan perbelanjaan. Biasanya perkara yang dianggap sebagai ‘hiburan’ atau kurang penting seperti ‘paid TV’ (di Malaysia, Astro lah), langganan majalah dan mungkin juga sambungan internet diantara yang akan ‘dipotong’ terlebih dahulu.

2. Kurang pelanggan membeli di internet kerana mungkin ingin berjimat cermat atau tidak mampu membelinya.

3. Kurang pelanggan membeli produk tertentu di internet, seperti produk kecantikan, hiburan (filem pada DVD, muzik), hobi dan apa-apa yang dianggap bukan prioriti asas.



TETAPI …

1. Pengunjung akan lebih banyak mencari produk berkaitan menjanakan pendapatan, menbuat duit di internet dan mencari wang sambilan. Mereka mungkin telah di-VSS dan perlu mencari alternatif lain untuk menjanakan wang sementara mencari pekerjaan. Ada juga yang tidak dibuang kerja tetapi mungkin mengalami potongan gaji dan sedang mencari peluang menambahkan wang melalui internet.

2. Produk yang murah tetapi berkualiti akan lebih banyak dicari di internet. Dengan sumber kewangan yang terhad, pengunjung hanya akan membeli barangan di dalam kemampuan mereka dan tidak gemar kepada produk yang memerlukan bayaran kad kredit beransuran, seperti produk ‘high-ticket item’. Di sini, produk seperti ‘$7 dollar products’ akan kembali popular.

TETAPI:

Anda harus ingat bahawa pengunjung akan hanya membeli di internet, jika mereka cukup wang untuk menyara hidup mereka di dunia luar.

Jika mereka tidak cukup wang untuk membayar sewa rumah atau sekadar kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang, walaupun mereka melayari internet dan anda memberi promosi yang paling hebat untuk barangan anda, mereka hanya akan membeli jika mereka percaya ia benar-benar akan membantu mereka dalam krisis kewangan peribadi mereka.

Oleh sebab itu, pastikan anda menawarkan produk-produk yang benar-benar berkualiti, terbukti keberkesanannya dan jujur kepada pelanggan anda. Pelanggan akan lebih ingat jasa anda pada masa mereka susah dan InsyaAllah bila ekonomi sudah stabil dan mereka pun sudah stabil dari segi kewangan, mereka akan setia membeli dari anda bila mereka mampu membeli produk yang lebih mahal.

p:s-Selamat menyambut Hari Maulidur-Rasul 1430 H :)

2 ulasan

Selamat berinternet dan menjana pendapatan.

Reply

Terima kasih Pok Li :)
semoga kita semua mencapai cita2 dlm menjadi usahawan internet

-Salam sukses dan salam ceria Pok Li :)

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)