Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

05 Januari 2009

TIPS- ILMU DALAM PERNIAGAAN

Perkataan Kaya perlu ada dalam diri seseorang.. bila bab nak jadi kaya.. terus fikirkan duit sahaja..Pandangan KAYA lebih mencemari otak permikiran seseorang ke ARAH duit..

Maksud kaya banyak boleh di ertikatakan.Ilmu yg dipelajari dalam bidang perniagaan juga merupakan satu kekayaan (Kaya dalam ilmu perniagaan).

Jika seseorang itu MISKIN ilmunya dan berniaga, maka akan terjadi masalah dimana perniagaan akan jatuh bankrup kerana tidak mempunyai kekayaan ilmu perniagaan.

Walaupun dengan apa saja bidang yg ingin diceburi, kekayaan ilmu itu amatlah penting.Dengan adanya kekayaan ilmu maka seseorang itu dapat memperkayakan pendapatan melalui perniagaan tidak kira ianya nyata atau tidak.

Definasi perniagaan adalah luas, begitu juga KAYA.Kewangan juga adalah satu bentuk perniagaan jika mengerti maksud DUIT, WANG, MONEY, walaupun ada yg mengatakan DOA,USAHA, IKHTIAR dan TAWAKAL... tanpa kekayaan ilmu perniagaan dan juga kewangan maka tidak akan terjadi Kejayaan.

Ada orang mempunyai duit yang banyak dan terus berniaga tetapi gagal kerana asas ilmu kewangan tidak ada. Ada juga yang berniaga barangan walaupun nyata atau tidak tetapi juga tidak berjaya kerana kekayaan ilmu kewangan tidak ada maka tidak juga berjaya.

Ianya berkaitan dalam proses untuk berjaya.KAYA adalah TARGET, ambition, keingingan supaya dapat bergerak kehadapan, maju.. lonjakan atau anjakan paradigma kearah yg lebih baik.

Bila peniaga tersebut melihat orang lain lebih maju, lebih kaya tidak pula dia bertindak memajukan perniagaannya kerana tidak ada perkataan KEKAYAAN didalam diri orang itu. Ini boleh diertikan beliau tidak ada target dalam diri dan juga perniagaan. Sedangkan orang yg berkerja pun ada target untuk menjadi bos suatu hari nanti.. atau mahukan gaji yang lebih... kerana ada target... Kalau berniaga tiada perkataan KAYA dalam seseorang usahawan maka anda boleh lihat sendiri.

Kalau dalam persaingan pasti akan ketinggalan kalau tidak bungkus terus kerana perniagaan yg lebih KAYA akan mendominasi pasaran.

Bila dikata "jangan jual beli duit sebagai bisnes" lebih baik jangan berniaga, bekerja makan gaji adalah yg terbaik.Bisnes adalah proses jual beli yg melibatkan duit.

"Money is Medium of Exchange" Tanpa melibatkan pertukaran, tidak akan terjadinya bisnes.

Mula2 menanam sayur. Apabila dah ada keuntungan dan pulangan modal, modal(aset) digunakan kembali (modal pusingan) untuk membeli (dicairkan) benih lain pula. Ditanam di tanah yg sama, dengan itu akan mendapatkan hasil pulangan yg lebih iaitu dinamakan keuntungan. Daripada hanya mendapat satu keuntungan dan menjadi 2. Bila dah jadi 4, 5, 6, 7...10... baru ler jadi KAYA...

Kebanyakan orang melihat "bisnes" itu hanya satu. Maka satu lah hasilnya..Dalam bisnes mesti dan mampu melihat macam iklan apa tah.. 1 + 1 = 3

Kita di sekolah cuma diajar matematik 1 + 1 = 2, tetapi dalam bisnes ia menjadi 1 + 1 = 3,4,5 ..... unlimited.Inilah ilmu KeKAYAAN yg harus dipelajari jika memilih bisnes sebagai bidang.

Berbeza dengan orang makan gaji yg hanya boleh berkerja di satu tempat sahaja, tidak boleh 2,3 tempat dalam masa yg sama... maka satu sahajalah hasilnya (gaji bulanan)

Seperti yang dinyatakan "KULI Kepada diri sendiri atau KULI kepada seseorang?"

Kuli kepada diri sendiri mempunyai daya untuk terus berusaha ke arah kejayaan dan kekayaan diri, akan tetapi Kuli kepada seseorang hanya akan bergerak jika hanya menerima arahan.. dan mengkayakan orang yg memberi arahan.. kalau tidak, out you go..

Jika mempunyai perniagaan dimana pekerja tidak mampu mengeluarkan produk dan membuat anda kaya, maka tidak kayalah anda dan juga perniagaan. Bak kata "YOU'RE BEING EMPLOYED AND BEING PAID, TO MAKE ME RICH, NO TO MAKE ME AND MY BUSINESS POOR" ..inilah ciri-ciri TAUKE yg berjaya.

Jika memilih bidang perniagaan dan mempunyai pemikiran macam orang makan gaji... pasti akan GAGAL.

http://mijirealitihidup.blogspot.com/
http://akubudaksekolah.blogspot.com/

3 ulasan

salam saudara miji,sudi2 la juga bertukar2 link dengan saya.semoga ilmu yang saudara ada boleh saya pelajari.

Reply

Salam kembali,Mohamad Ritzuwan Syde,no hal,harap2 dapatlah kita saling berkongsi2 ilmu :)

Reply

tima kacih atas nasihat dan panduan yang sangat berguna. Semoga dirahmati ALLAH selalu...aminn.

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)