19 Januari 2009

KONSEP USAHAWAN BERJAYA MENURUT ISLAM

Konsep Usahawan Berjaya Menurut Islam

Secara konseptualnya, usahawan berjaya boleh ditakrifkan sebagai individu yang cemerlang dalam aktiviti keusahawanan dan komited terhadap perintah agama atas kapasitinya sebagai seorang muslim, mukmin dan muhsin. Dalam Islam, ketentuan untuk mencapai kejayaan ini dikenali sebagai konsep al-Falah. Dengan kata lain, konsep ini dapat difahami sebagai pencapaian cemerlang yang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia dari aspek kerohanian, kebendaan, moral dan sebagainya untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Kehidupan yang baik dan sejahtera serta sentiasa mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia.”
(Al-Qasas: 77).

Melalui konsep ini, golongan usahawan akan lebih cenderung untuk berusaha secara konsisten melaksanakan tugasnya sebagai khalifah al-Ard untuk melakukan kebaikan kepada manusia demi mencari keredhaan yang hakiki. Semangat al-Falah yang dihayati oleh usahawan muslim akan mendorong mereka mengoptimumkan segala sumber-sumber yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk umat manusia sejagat.

Usahawan muslim perlu memastikan mereka menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang bentuk penyelewengan dan unsur-unsur yang boleh mencemarkan keharmonian sistem keusahawanan Islam. Harta yang diperolehi melalui aktiviti perekonomian bukan bersifat pemilikan yang mutlak, sebaliknya manusia hanyalah sebagai pemegang amanah yang menguruskan sumber tersebut. Usahawan berjaya juga perlu mengambilkira faktor pembangunan insan dalam lapangan kerja yang diusahakannya. Contohnya, melazimkan sembahyang berjamaah dalam kalangan pekerjanya, membudayakan penghayatan ilmu dalam kalangan stafnya, bersifat terbuka dan bertoleransi terhadap kritikan yang membina, menunaikan tanggungjawab sosiak kepada masyarakat luar dan menekankan nilai-nilai murni dalam organisasinya. Usahawan yang mempraktikkan nilai-nilai tersebut akan mendapat ganjaran yang besar kelak. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“Peniaga yang bersifat benar bersama dengan para anbiya’, siddiqin dan para syuhada’.” (al-Thirmizi)

p:s-Dapatkan e-book percuma 5caramenetapkan matlamat yg power
E-BOOK 5cara menetapkan matlamat POWER

1 ulasan:

  1. Walaikummusalam firadila,yep berniaga cara islam is the best way to get succed,insya-Allah

    semoga ceria dan sukses selalu :)

    BalasPadam

Follow by Email