Mari Melukis Kereta Klasik Lowrider
Keseluruhan Langkah:6
Perisian Digunakan:MS Paint
Langkah 1
Mula dengan melukis garis panduan kereta 'lowrider' yang korang nak lukis.Garis panduan yang korang akan lukis patut kelihatan macam objek berbentuk kotak seperti yang korang lihat.Bila selesai,korang boleh melukis bulatan untuk yayar dan pastikan korang meulisk bentuk 'windshield'
Langkah 2
Bila garis panduan korang siap dilukis,korang akan mula melakar perincian badan kereta.Mula dengan penutup enjin kereta dan kemudian lukis bingkai luar untuk 'windshield'.Tambah garisan untuk pintu pemandu dan kemudian bergerak ke langkah seterusnya selepas siap melukis sisi badan atau struktur pengadang.
Langkah 3
Korang akan melakar bahagian dalam kereta dengan melukis tempat duduk,cermin pandang belakang,stering,dan selepas itu lukis tingkap kecil,antena dan keseluruhan bentuk dan gaya pengadang belakang.Lakar bentuk tayar belakang dan lukis garis depan untuk 'bumper'.
Langkah 4
Seperti yang korang lihat,kereta korang hampir siap.Selepas 'bumper' siap dilukis,korang boleh tambah bentuk lampu depan dan mula garisan jerjak.Tayar depan perlu dilukis dan kemudian bentuk roda.
Langkah 5
Korang dah sampai ke langkah terakhir dan apa yang korang perlu buat untuk melengkapkan kereta korang,adalah selesaikan melakar jerjak dan kemudian lukis rim tayar untuk tayar depan dan belakang.Tambah sedikit garis perincian untuk penutup enjin kereta dan kemudian pengadang belakang,Padam semua garis panduan dan bentuk yang korang lukis di langkah pertama.
Langkah 6
Kereta klasik korang akan kelihatan seperti ni bila dah siap.Warnakan ikut suka hati korang.
Post a Comment:
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.