Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

09 Oktober 2010

Kisah tikus panjat tiang









Salam sukses semua,hari ini saya nak kongsi sebuah cerita yang saya dapat daripada sebuah majalah,hayatilah kisah ini :)

Di dalam sebuah hutan wujud negara tikus yang terdiri pelbagai golongan tikus yang hidup dengan aman damai dan bersatu padu,yang diperintah dengan adil oleh raja tikus,

Pada suatu hari,raja tikus telah bermesyuarat dengan para menterinya mengenai waris atau pengganti dirinya untuk menjadi raja kerana raja tikus ini sudah uzur dan tidak mempunyai anak,oleh itu satu keputusan telah dibuat,mereka akan mengadakan satu pertandingan memanjat tiang dan pemenangnya akan menjadi pengganti raja,


Berita mengenai pertandingan ini telah tersebar luas dan banayklah tikus yang ingin menyertainya kerana ingin menjadi raja.

Pada hari pertandingan,banyaklah tikus yang hadir,dan terdapat juga tikus yang hadir sekadar menjadi penyokong sahaja.Pertandingan pun bermula,tikus-tikus pun mula memanjat tiang.

Tetapi disebabkan tiang itu terlalu tinggi dan licin maka banyaklah tikus yang jatuh dan tidak berjaya mencapai puncak tiang tersebut,oleh itu banyak tikus telah menarik diri kerana sudah keletihan dan tidak mempunyai tenaga lagi.

Namun,masih terdapat seekor tikus yang masih berusaha untuk memanjat tiang tersebut,penonton yang hadir mula mengejek tikus itu apabila melihat tikus tersebut masih meneruskan usaha memanjat tiang itu,setiap kali tikus tersebut jatuh maka makin kuatlah sorakan dan ejekan penonton,

Tikus tersebut masih teruskan usahanya dan akhirnya sesuatu yang di luar jangkaan berlaku...tikus tersebut akhirnya berjaya memanjat tiang itu,tikus itu berjaya!!!

Penonton yang tadinya bersorak dan mengejek tikus tersebut terdiam apabila melihat tikus tersebut mencapai puncak dan mengambil sapu tangan yang diikat di hujung tiang tersebut sebagai bukti kejayaannya memanjat tiang tersebut.

Apa yang lebih istimewanya lagi mengenai tikus tersebut ialah tikus itu pekak,dan disebabkan itulah semasa penonton mengejek tikus itu,dia masih meneruskan usahanya kerana dia TIDAK DENGAR APA-APA,oleh itu usahanya begitu fokus dan tidak terpengaruh dengan perkara-perkara negatif...

Tikus itu akhirnya berjaya menjadi raja dan negara tikus terus kekal aman damai...



author


Pos ini dicatatkan oleh:



MIJI -gemar menulis pos berkaitan Motivasi.

Sila ajukan pertanyaan di -email beliau

Website: -miji99.com

1 ulasan :

makna nya klu nk nerjaya.. jgn peduli apa org cakap....best dan sgt bagus...

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)