Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

30 Mei 2009

Tips Kejayaan-Kenapa VS Apa

Kenapa VS Apa!
Salam semua,

Sekian lama saya tidak mencoretkan apa-apa di dalam ruangan ini selepas artikel pertama saya dulu. Duluu.. awal2 duluuuu..

Ramai orang sudah bercakap mengenai tips2 perniagaan internet, teknik menjana wang dan macam2 lagi di WC.. yang turut menarik perhatian saya sebagai seorang yang baru nak serius menjadi IM! Terima kasih kepada semua yang berkongsi! Semoga Tuhan membalas segala kebaikan anda semua, amin.

Justeru, izinkan saya membicarakan sedikit persoalan yang sering timbul di fikiran kita sebagai manusia biasa, apabila kita berusaha melakukan sesuatu dan hasilnya tidak memuaskan, menyedihkan dan merugikan!

Dalam perniagaan tentu ada untung rugi, turun naiknya. Internet ke, tak internet ke, risikonya sama sahaja. Bukan saja dalam perniagaan, malah dalam keluarga, persahabatan, pelajaran dan macam2 hal lagi dalam kehidupan.

Buku (bukan ebook - versi ebook belum launch lagi!) saya yang bertajuk Pilih Jangan Tak Pilih, ada memaparkan kisah2 benar tentang pilihan yang dibuat oleh manusia untuk menentukan halatuju kehidupan mereka. Manusia-manusia ini yang saya temui sendiri sepanjang kerjaya saya sebagai seorang ‘trainer’ dan fasilitator di seluruh negara.

Jadi, di sebalik pilihan.. persoalan ‘kenapa’ sering menghantui kita apabila sesuatu yang kita inginkan - kita tak dapat; ataupun apabila sesuatu perkara buruk terjadi dan menyebabkan kita rasa sedih, murung, kesal dan gagal.

Anda biasa dengar persoalan2 ini terngiang2 di dalam fikiran anda sendiri?

“Kenapa aku yang kena menghadapi semua ni?”
“Kenapa semua ni terjadi pada aku?”
“Kenapa bisnes aku jadi macam ni?”
“Kenapa Tuhan duga aku macam ni sekali?”
“Kenapa anak2 aku jadi macam ni?”
“Kenapa suami aku lari dengan perempuan tu?”
“Kenapa cikgu suka marah aku?”
“Kenapa mak abah tak pernah faham aku?”
KENAPA? KENAPA? KENAPA? AAAARRRGGGHHHH!!!

Apabila sesuatu terjadi.. sesuatu yang buruk, tidak diingini, tidak dijangka, menyakitkan hati, mengecewakan dan yang sejenis dengannya terjadi pada diri kita, kita pasti akan meluahkan persoalan2 ini secara automatik, separa sedar.

Dan ada juga antara kita yang membawa persoalan2 ini dengan sedar, dan meluahkannya kepada pasangan, sahabat baik, blog, diari dan lain2 lagi. Dan jawapan yang anda terima.. “Sabarlah..” atau “Ada hikmahnya..” atau “Mungkin Tuhan nak uji kau..” dan macam2 lagi.. kan?

Seterusnya anda pun berkata “Yelah, tapi kenapa aku? kenapa uji aku macam ni sekali?” “kenapa?” “kenapa?” “kenapaaaaaaaa….????”

Macam dialog Tuan Director Ahmad Nisfu, “kenapaa kenapaaa akuuu.. aku takdak kena mengena dalam ini gambaaarrr..!!”

Kita terlalu dihantui dengan persoalan ‘KENAPA’ sehingga sering sangat terlupa dengan persoalan ‘APA’.

Saya cadangkan kita gantikan persoalan ‘KENAPA’ dengan ‘APA’.

“Apa yang aku dah buat sehingga ini jadinya?”
“Apa yang aku tak buat sampai bisnes aku jadi macam ni?”
“Apa yang aku terlupa nak buat sampai suami aku jadi macam ni?”
“Apa yang aku tak buat / dah buat sampai anak aku jadi macam ni?”
“Apa yang aku tak buat / dah buat sampai cikgu marah aku macam ni sekali?”
“Apa yang aku boleh lakukan supaya perkara macam ni tak jadi lagi?”
“Apa yang aku tak buat / dah buat sehingga Tuhan turunkan ujian seperti ni ke atas aku?”
Sering sangat kita terlupa.. kan?

Selalunya apabila sesuatu terjadi.. kita kerap lekas menuding kesalahan itu pada orang lain. Semua silap, salah, kekecewaan, kerosakan adalah berpunca daripada orang lain.

Kita sering terlupa nak tengok diri sendiri. Laju sangat nak tengok orang lain.

Saya pernah menonton satu rancangan di sebalik tabir sebuah filem, di mana satu adegan yang ditunjukkan oleh watak utama wanita (yang mendapat HIV akibat dirogol sedangkan dia seorang isteri yang baik), melutut di dalam hujan sambil menangis2 dan bertubi2 persoalan dalam hati bertanya pada Tuhan, apakah dosanya sehingga diberikan ujian sebegitu dahsyat.

MasyaAllah, jangan dipertikaikan ketentuan Tuhan! Kan lebih baik difikirkan mungkin ada dosa luar sedar yang telah dilakukan, ada kewajipan yang tidak ditunaikan ataupun adalah lebih bertuah mengetahui saat kematian sendiri kerana peluang untuk bertaubat itu diberikan dalam sedar.

Mujur itu hanya lakonan. Jika anda pernah tertanya demikian, kenapa perniagaan anda tidak pernah berjaya.. sebenarnya di sebalik tuduhan kepada orang / perkara lain, jauh di sudut hati anda tahu apakah sebenarnya punca kegagalan anda.

Kurang persediaan. Kurang study. Kurang bertanya. Kurang maklumat. Kurang rajin. Kurang usaha. Rasa semua dah cukup dan tak sabar2 lagi nak dapat duit berjuta!

Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana, Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.

Kita lihat ada orang begitu TABAH.. dan ada pula orang lain menghadapi ujian yang sama, tetapi menjadi ‘PEMINTA SIMPATI’. Mengapa terjadi sedemikian?

Itu semua adalah pilihan.

Berapa ramai peniaga yang ‘bungkus’ dan terus trauma hendak berniaga? Dan berapa ramai pula peniaga yang beberapa kali ‘bungkus’, bangun kembali dan kini bergelar jutawan?

Ujiannya sama, hanya pilihan mereka yang berbeza. Yang trauma telah memilih untuk tidak berniaga lagi kerana mempunyai pengalaman lampau yang ‘menakutkan’, manakala yang sudah menjadi jutawan telah memilih untuk terus berjuang dan tidak memperdulikan perkataan ‘putus-asa’.

Antara mereka, ada yang memilih untuk mempersoalkan ‘KENAPA’, dan ada yang memilih untuk mempersoalkan ‘APA’. Pastinya persoalan ‘KENAPA’ tidak membawa kita keluar dari masalah, sedangkan persoalan ‘APA’ akan membawa kita ke fasa mengenalpasti dan menganalisa masalah, seterusnya menemui formula penyelesaian dan akhirnya menghasilkan suatu keputusan yang cemerlang!

Bukan saya hendak mengajar anda semua, tetapi sekadar perkongsian. Satu matlamat punyai ribuan cara untuk mencapainya. Lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak cara yang kita boleh jadikan pilihan.

Setiap hari sebelum tidur, fikirkan sekurang2nya SATU ilmu yang telah anda dapat pada hari itu. Dan pagi esoknya, bangun dengan semangat, kegembiraan dan keazaman yang dahsyat untuk berjaya!

Wallahu alam.

Artikel imi dipetik daripada:wangcyber.com

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)