Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

20 November 2008

5 TIPS MEMBUKA PERNIAGAAN SENDIRI




Salam,baru2 ni jumpa satu tips berguna untuk memulakan perniagaan sendiri,(nak jadi usahawan lah ni)jadi check it-out,dan satu tips tambahan dari saya di bawah artikel ni. :)




5 TIPS MEMBUKA PERNIAGAAN SENDIRI(menjadi usahawan yang berjaya)

Korang rasa untuk membuka perniagaan sendiri adakah sesuatu yang mudah??




Mudah jika korang rasakan ianya mudah dan sudah tentu susah kalau kita rasakannya susah. Membuka perniagaan sendiri mungkin menjadi dambaan ramai orang termasuklah aku. Namun, walaupun anda merasakan ianya mudah ianya bukanlah semudah ABC atau semudah memetik jari.







1)Buat kajian terlebih dahulu



Kajian amat penting sebelum kita lakukan sesuatu perkara. Untuk memulakan perniagaan, kajian merupakan perkara utama untuk memulakan perniagaan. Sesungguhnya, ada baiknya kita buat sedikit kajian tentang bisnes yang akan kita jalankan nanti. Mungkin kita boleh bertanya kepada rakan2 atau sesiapa saja yang telah menjalankan perniagaan tersebut terlebih dahulu. Selain itu, tentukan siapa juga bakal pelanggan kita nanti.





2)Kewangan



Kalau takder modal, camana nak bukak perniagaan sendiri ekk?? Jalan terbaik untuk dapatkan modal adalah membuat pinjaman bank bukannya along walaupun dia nak tolong. Takder pun cari partner yang ada kewangan yang kukuh.





3)Ciptakan Imej



Mulakan dengan membangunkan imej perniagaan anda. “Branding image” kata oang putih. Imej ini penting untuk membuatkan kita dipercayai dan diyakini oleh kelompok sasaran pelanggan kita. Pada masa yang sama, fikirkan strategi jualan dan tumpukan pada bakal pelanggan sesuai dengan produk2 korang.





4)Pilih rakan perniagaan yang tepat



Jika korang nak cari rakan niaga untuk mulakan perniagaan, pastikan pilihan yang tepat dan ada keserasian. Adalah lebih baik memilih rakan niaga yang sudah miliki latar belakang perniagaan. Pengalaman rakan kita itu secara tidak langsung dapat membantu kita memajukan perniagaan. Yang penting jangan cari rakan niaga yang sengkek… nanti dengan kita2 sekali akan jadi sengkek.




5)Jangan fikir nak kaya secepat kilat



Yang ni ramai yang selalu buat…belum apa2 dah tukau kete beso..sekonon2nya nak tunjukkan bahawa perniagaan yg dia buat cepat mendatangkan hasil. Kebiasaannya geng2 MLM. baru jer income dua tiga bulan sebanyak itu..terus sambar hantar benda baru. Pada aku sekurang2nnya..biarlah income tu berterusan selama 2 tahun dan ke atas. Apapun terpulanglah…duit korang kan, siapalah aku nak nasihat korang.





Ingat, bukan mudah untuk sesebuah perniagaan berjaya dalam masa yg singkat. Perniagaan sememangnya memerlukan usaha dan waktu yang berterusan. Ciptalah kekayaan bertahap bukannya sekelip mata. Apapun yang penting ialah semangat untuk terus berusaha hingga berjaya.






SUMBER:AFZANDI.com(kalau tak silap)





*Tips Tambahan-3 Cara Murah Rezeki(Insya-Allah)


1.Membaca selawat ke atas nabi 100x selepas solat

2.Membaca Surah Al-Waqiah sebelum tidur

3.Berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)