Followers

26 Februari 2010

Februari 26, 2010 - , No comments

MIJI, Perniagaan Umpama Peperangan?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hai MIJI, kami Team FlareBiz di sini. Semoga anda berada dalam
keadaan yang selesa dan tenang untuk membaca email daripada kami.

Ramai usahawan berjaya di dalam dunia ini mengatakan perniagaan
umpama peperangan. Ya, tidak terkecuali juga dengan perniagaan
internet.

Carlos Slim Helu, merupakan antara individu terkaya di dunia juga
banyak membaca buku berkaitan strategi peperangan seperti Genghis
Khan. Beliau mengguna pakai ilmu berkaitan di dalam pengurusan
perniagaanya.

Hasilnya amat menakjubkan, di mana beliau menjadi usahawan
terbilang di Mexico dan Amerika Latin.

Berbalik kepada diri kita sendiri. Tidak kira apa yang anda
usahakan, semuanya mempunyai cabaran tersendiri. Kunci kejayaan
adalah anda harus benar-benar faham apa yang anda ingin lakukan.

Cara untuk mendapat kefahaman ini adalah melalui pembelajaran sama
ada secara formal atau tidak, secara berterusan. Ya, kita perlu
menjadi pelajar yang terus-menerus menuntut ilmu tanpa jemu.

Kami sendiri sampai saat ini masih lagi belajar mengenai perniagaan
internet dan sentiasa berminat untuk mengikuti kursus-kursus
berkaitan perniagaan internet.

Setelah anda memiliki ilmu, "cermin diri" tentang kelebihan dan
kekurangan diri. Carilah keunikan diri dan berusaha untuk menjadi
yang terbaik.

Lakukanlah sesuatu perkara, setelah anda benar-benar faham. Elakkan
dari berpura-pura tahu tetapi hakikatnya anda tidak jelas dan
ragu-ragu.

Menuntutlah ilmu dan jangan cepat rasa puas hati dengan apa yang
telah dipelajari. Membaca dan belajar adalah proses yang
berterusan. Tuhan bagi kita masa sampai menemui ajal untuk belajar
apa yang kita inginkan.

Ia akan hanya terhenti apabila kita mati. Teringat satu petikkan
daripada buku yang pernah kami baca...

"To be at the top of your game, you need to keep yourself updated
on all information at all times. So, we must be a constant student."

Jom berperang! Jumpa lagi!

Zhafran & Labanon,
Team FlareBiz.

Selamat menyambut Maulidur-rasul by Miji99

12 Februari 2010

Februari 12, 2010 - , No comments

103 tahun 'roti cerut'


SEJARAH Kuala Lumpur bermula pada tahun 1857 apabila bijih timah ditemui Raja Abdullah di kawasan Ampang. Hasil penemuan sumber alam itu menarik minat peniaga untuk menjual barangan keperluan kepada pelombong-pelombong bijih.

Mereka mendirikan kedai-kedai di pertemuan Sungai Klang dan Gombak sehinggalah pada tahun 1880 apabila Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor.

Perkembangan itu menyaksikan semakin banyak bangunan dibina manakala jumlah penduduk semakin bertambah. Situasi itu mendorong seorang lelaki membuka sebuah kilang roti.

Kilang itu ialah The Federal Bakery yang dibuka pada tahun 1906 dan masih kukuh bertapak di ibu negara walaupun sudah berusia lebih 100 tahun.

Diasaskan oleh Mohd. Yusof Ahmad Shah, kisah perniagaan Federal Bakery bukan mudah.

Bersama 11 orang rakan, Yusof menjual roti menggunakan sampan dan basikal.

Potong kepala

“Keuntungan yang diperoleh seharian digunakan bagi membeli bahan mentah untuk jualan keesokan harinya dan proses itu berterusan.

“Terdapat 11 orang lagi yang turut menjual roti namun hanya datuk saya yang mengambil keputusan membina kilang roti.

“Tidak lama kemudian kilang ini diwariskan kepada bapa saya, Abdul Wahab, ketika dia berusia 18




MASHOOD ABDUL WAHAB

--------------------------------------------------------------------------------



tahun.

“Saya pula mengambil alih daripada bapa pada tahun 1976 walaupun pada mulanya berasa kekok untuk menceburi bidang pembuatan roti.

“Malah hanya saya seorang daripada lapan adik-beradik yang meneruskan perniagaan ini,” kata pemilik Federal Bakery kini, Mashood Abdul Wahab ketika ditemui di pejabatnya di Bulatan Loke Yew, Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujarnya lagi, Federal Bakery sebenarnya telah melalui pelbagai peristiwa suka dan duka untuk terus bertahan.

“Semasa British menjajah negara, kebanyakan kilang roti yang beroperasi menamatkan perniagaan mereka kerana kesukaran mendapatkan bekalan.

“Bagaimanapun, bapa saya mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dengan menawarkan sumber makanan kepada mereka dan pihak British pula menyalurkan bahan mentah kepadanya,” katanya.

Semasa pemerintahan Jepun dan Darurat, kesukaran lain pula melanda.

“Pihak tentera Jepun pernah mengugut untuk memotong kepala bapa saya jika dia memberikan makanan kepada British. Tetapi bapa saya membuat perkara yang serupa seperti datuk dengan membekalkan makanan kepada pihak Jepun pula.

“Semasa Peristiwa 13 Mei 1969, Federal Bakery merupakan salah satu kilang yang menyalurkan sumber makanan kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur.

“Malah kawasan kilang dikawal tentera 24 jam sehari dan segala urusan keluar masuk perlu melalui proses yang ketat,” katanya yang tidak dapat melupakan peristiwa itu.

Resipi rahsia



PENGGUNAAN teknologi moden membolehkan penghasilan roti keluaran Federal Bakery lebih pantas berbanding dahulu.

--------------------------------------------------------------------------------


Walaupun terpaksa bersaing dengan kilang-kilang roti yang lebih besar, Federal Bakery tidak pernah gentar.

Rahsianya, kata Mashood ialah resipi asal milik datuknya yang masih digunakan sehingga kini.

“Bukan kaum wanita sahaja suka mengumpul dan menyimpan resipi masakan, saya juga menyimpan dan mereka cipta resipi-resipi baru khususnya dalam pembuatan roti.

“Buku yang berusia lebih 100 tahun ini masih elok dalam simpanan saya dan akan menjadi rujukan anak-anak saya kelak apabila mereka mewarisi perniagaan turun-temurun ini.

“Malah pelanggan yang sudah biasa dengan resipi lama sering memberi ingatan supaya tidak menukar kepada ramuan baru sehingga ada yang sanggup datang ke kilang,” katanya ketawa.

Mashood memberitahu, pembuatan roti pada masa dahulu lebih sukar berbanding sekarang yang menggunakan teknologi moden.

“Bapa sering menceritakan kepada saya betapa susahnya untuk membuat sebuku roti berbanding sekarang yang mempunyai pelbagai peralatan canggih yang mempercepatkan prosesnya.

“Ini kerana pada zaman dahulu proses membuat roti mengambil masa selama sembilan jam berbanding tiga jam sahaja kini kerana pada waktu itu yis yang membolehkan tepung cepat kembang belum digunakan.

“Sebaliknya mereka pakai sejenis bunga yang membolehkan tepung kembang tetapi ia tidak secepat yis. Tambahan pula, mereka membakar roti menggunakan arang dan kayu api sahaja,” katanya lagi.


15 jam

Uniknya, bagi mengetahui sama ada roti itu sudah masak atau belum, mereka mengukurnya dengan menghisap cerut.

Sekiranya cerut yang dihisap telah habis, roti yang dibakar sudah boleh dikeluarkan daripada ketuhar. Masa yang diambil ialah sembilan jam dan keseluruhan masa proses sebelum roti siap diedar ialah 15 jam.

Kini, pekerja hanya memutar tombol penentu masa pada ketuhar dan hanya menunggu roti tersebut masak dalam jangka masa kurang dua jam.

Federal Bakery merupakan syarikat pemilik beragama Islam tertua di Malaysia dan kini mempunyai 40 orang pekerja.

“Kami turut menghasilkan roti sandwic berharga RM1.60 sebanyak 40,000 sehari dan bagi roti berkrim pula sebanyak 100,000 biji.

“Pasaran pula ialah sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pahang yang mewakili lima peratus industri roti di negara ini dengan kekuatan 45 buah lori dan 250 orang vendor yang dilantik,” katanya yakin.

Bicaranya, antara pelanggan roti keluaran syarikatnya ialah keluarga diraja Kelantan dan Perlis. Malah bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak adalah antara pelanggan utamanya dahulu.

“Bagi keluarga diraja, pemandu mereka akan datang ke kilang di Sungai Besi seminggu sekali untuk mengambil stok. Mungkin kerana roti sandwic yang Federal Bakery hasilkan lebih lembut berbanding pengeluar roti lain.

“Federal Bakery juga menghasilkan roti Perancis yang jarang syarikat roti buat kerana prosesnya yang sukar dan kini kilang ini telah menghasilkan 30 jenis roti seperti roti sandwic, ban berperisa ban kelapa,” ujarnya.

Sumber:Kosmo!Online

08 Februari 2010

Februari 08, 2010 - , No comments

ARTIKEL: Menjadi Kreatif Bila Berniaga - THE BODYSHOP


ARTIKEL: Menjadi Kreatif Bila Berniaga - THE BODYSHOP

Oleh: Irfan Khairi

Bila sebut "kreatif" ramai memikirkan dalam perniagaan, kreatif adalah untuk pengiklanan/advertising. Namun, saya sering menyebut untukmenjadi kreatif dalam perniagaan

Sebenarnya, kreatif meliputi aspek yang meluas bukan sekadar pengiklanan, tetapi juga sehingga membuat keputusan perniagaan yang kreatif.

Contoh yang saya ingin kongsikan mengenai kreatif dalam perniagaan adalah Anita Roddick (pengasas The Body Shop)

* Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!

* Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik. (kini, tidak lah gunakan bekas tersebut... nanti ni jadi email forward pula! :) )

* Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 30 tahun... bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!

Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, tiada idea perniagaan menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam perniagaan anda :)
Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu seperti perniagaan Internet atau perniagaan berangkaian. Dengan kaedah dan strategi yang betul, perniagaan yang kecil boleh menjadi besar seperti THE BODYSHOP!

01 Februari 2010

Februari 01, 2010 - , No comments

Newsletter daripada Team Flarebiz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hai MIJI, Team FlareBiz di sini. Semoga anda sentiasa berada
dalam keadaan yang sihat dan ceria untuk membaca email dari kami.

Fuh, sudah tiga malam berturut-turut kami menjayakan mini-seminar
"Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal" di office kami. Sungguh
penat tetapi seronok kerana kami dapat belajar banyak perkara baru
di samping dapat mengenali lebih ramai individu dengan lebih dekat.

Baiklah, pada email kali ini kami ingin berkongsi dua soalan
pilihan berserta jawapan yang diajukan sepanjang mini-seminar
tersebut dengan anda.

Soalan 1: Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan untuk
seseorang memulakan perniagaan internet?

Jawapan: Pada pendapat kami yang tidak seberapa ini, perkara
pertama yang perlu anda lakukan sebelum menjual di internet ialah
anda terlebih dahulu perlu membeli sebarang produk melalui internet.

Bagaimana anda tidak pernah membeli secara online, tetapi mahu
menjadi saudagar internet? Itulah langkah pertama yang perlu anda
lakukan. :-)

Soalan 2: Apakah perbezaan teknik-teknik pemasaran di internet?

Jawapan: Secara umum, tedapat dua teknik pemasaran di internet
iaitu pemasaran percuma dan pemasaran berbayar. Kedua-dua teknik
pemasaran ini mempunya pro & cons. Secara ringkas adalah seperti
berikut:

Pemasaran percuma: Kos untuk menjalankan pemasaran ini adalah
percuma tetapi mengambil masa yang agak lama untuk melihat
hasilnya. Contohnya forum marketing, comment marketing dan
sebagainya.

Pemasaran berbayar: Anda perlu mengeluarkan wang untuk menjalankan
pemasarna berbayar tetapi kebiasaanya anda akan melihat hasilnya
"on the spot". Contohnya adwords marketing, tempahan iklan dan
sebagainya.

Itu sahaja perkongsian kami untuk email kali ini. Semoga dapat
memberikan MIJI 1001 manafaat.

Sekian,
Zhafran & Labanon.