Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

17 Mac 2009

KESAN RANTING JAWA




MENGENDALIKAN tiga perniagaan iaitu pengeluaran dan penjualan produk kesihatan Leesa Formula, lapan buah pusat kecantikan Serenity Spa dan enam butik pakaian muslimah Hajaba, pemilik ketiga-tiga jenama besar ini, Mona Din, 43, terpaksa mencuri-curi masa antara waktu bekerja untuk bertemu janji dengan suaminya sendiri, Zulkefli Muhamad Ali, 52.


"Pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad, memang kami khaskan untuk anak-anak. Maksudnya pada waktu itulah kami memenuhi permintaan mereka, sama ada untuk makan di luar, membeli-belah keperluan atau melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan.
"Jadi kalau kami hendak waktu bersama dan tanpa anak-anak, kami terpaksa curi masa antara waktu bekerja," jelas ibu kepada lima orang anak yang berumur antara enam hingga 17 tahun itu.


Waktu bersama itu mungkin dihabiskan sekadar untuk makan tengah hari atau membeli barang keperluan peribadi bersama.

"Hidup kami terbahagi kepada dua saja - keluarga dan kerja. Kami bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk tiga perniagaan serentak.


"Masa untuk kawan-kawan juga kami masukkan dalam jadual kerja. Kerana baki waktu yang kami ada memang didedikasikan untuk anak-anak sahaja," kongsi Zulkefli yang bukan saja merupakan rakan kongsi hidup Mona, malah rakan kongsi kesemua perniagaan yang berdiri di atas nama penerima Anugerah Wanita Waja 2008 itu.

"Kami lebih banyak melakukan apa yang anak-anak gemar lakukan. Jadi selagi anak-anak tidak pandai atau berminat bermain golf, kami juga tidak akan bermain golf," celah Mona pula.

Jika ada yang berpendapat mereka dapat melakukan seperti itu kerana mereka ialah majikan, Zulkefli sebaliknya berkata: "Kami banyak melakukan sendiri kerja-kerja untuk ketiga-tiga perniagaan ini kerana kami percaya pemantauan yang berterusan dapat memastikan kelancaran sesebuah perniagaan itu.

"Pendek kata memang kena campur tangan untuk menguruskan sesebuah perniagaan," katanya.


MONA ialah anak penoreh getah yang kini mencipta nama dalam perniagaan.


Tatkala Zulkefli menguruskan bahagian pentadbiran, kewangan, dan berurusan dengan pembekal dan pengilang, Mona pula menjadi muka depan syarikat dengan bertugas menjadi Pegawai Perhubungan Awam, berdepan dengan media massa, menguruskan pengiklanan dan pemasaran.

Menggunakan pengalamannya sebagai bekas Pengurus Besar Pengiklanan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. selama 15 tahun, Mona tampil profesional menjalankan tugas. Malah, dengan gelaran yang baru diperoleh daripada Anugerah Wanita Ikon 2008 itu, Mona tidak sedikit pun mendabik dada.

Naik kapal terbang tambang murah

"Saya lebih suka hidup seperti orang biasa. Makan di gerai atau kedai makan biasa dan menaiki kapal terbang tambang murah. Saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri.

"Saya tidak setuju jika disebabkan kedudukan saya sekarang, saya perlu memakai maskara walaupun hanya untuk pergi membeli barang dapur di pasar raya.

"Cukuplah saya tampil kemas dan tidak menjengkelkan. Saya menghargai anugerah-anugerah yang diberikan, tetapi itu tidak menjadikan saya seorang yang lebih 'besar' berbanding sebelum ini," ujarnya.

Katanya, beliau pernah berada di kedudukan paling bawah dan mengetahui keperitannya.
"Pada usia 13 tahun saya dapat masuk asrama Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di Alor Setar. Itulah kali pertama saya dapat pakai tuala dan sabun mandi.


Itu pun sudah dikira barang mewah," kata anak kelahiran Kampung Carok Mokkan, Jitra, Kedah itu.

Sebagai anak penoreh getah yang tinggal di dalam pondok buruk tanpa tandas, bekalan elektrik dan air mahupun pintu, Mona juga tidak mahu kembali berada dalam situasi itu. Satu-satunya cara yang pasti adalah dengan bekalan ilmu.


"Arwah ayah saya yang mengajar saya tentang nilai ilmu. Arwah garang orangnya. Dulu, arwah menggunakan ranting pokok asam jawa untuk merotan saya dan adik-beradik yang lain.

"Contohnya jika kami gagal menghafal sifir, ayah akan merotan kami sehingga habis kesemua daun pada ranting itu gugur. Tidak ada seorang pun daripada kami yang terlepas daripada dirotan. Memang tidak ada kompromi untuk menyekolahkan kami.

"Hasilnya, 11 daripada 12 anaknya berjaya melangkah keluar dari universiti dengan sekurang-kurangnya segulung ijazah dalam tangan. Sekarang semuanya sudah mempunyai keluarga dan kerjaya yang baik," ceritanya. Abang sulungnya tidak bersekolah kerana terpaksa bekerja bagi membantu menyara keluarga.

Mona juga tidak segan silu berkongsi bahawa beliau membesar dalam keluarga yang berpecah-belah.

"Antara perkara pertama dalam doa saya setiap kali selepas solat adalah untuk mendapat keluarga yang bahagia. Saya sanggup mempertaruhkan nyawa untuk itu. Sekarang, saya hanya mahu memastikan anak-anak saya tidak melalui apa yang pernah saya lalui," ujar lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu.

Mona juga mengakui amat memuliakan lelaki yang beraja di hatinya itu.
"Saya tidak pernah pegang kad ATM saya sendiri. Malah, saya tidak tahu cara untuk menggunakannya, walaupun di mesin pengeluaran wang tunai. Semuanya dipegang oleh suami saya.

"Kalau saya memerlukan wang, saya akan meminta daripadanya. Itulah tandanya saya memuliakan suami saya," kata Mona yang sudah berkahwin dengan suami tercinta sejak 19 tahun lalu.

2 ulasan

Salam sukses Amin,
Betul,harap2 kita pun akan mendapat pencapaian spt ini dan lebih baik lagi,insya-Allah :)

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)